☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Disember 2022

Percubaan Mencuri Motosikal tidak Menjadi - Rupanya Motosikal Hakim Mahkamah

Sepasang pencuri motosikal telah berjaya diberkas dan dijatuhkan hukuman kerana cuba mencuri sebuah BMW GS Adventure kepunyaan seorang hakim mahkamah di United Kingdom.

Shay Hollis berumur 18 tahun dan Deon-Dre Rogers-Barrett yang berumur 19 tahun telah menunggang sebuah skuter ke dalam tempat parkir kenderaan mahkamah pada siang hari. Mereka kemudiannya cuba mencuri BMW yang diparkir di sana.

Seorang pengawal keselamatan cuba untuk menghalang tetapi Hollis mengacukan sebilah parang. Pengawal itu terpaksa mengalah dan berlari kembali ke dalam bangunan mahkamah bagi melaporkan kejadian itu, manakala pencuri itu kembali menolak motosikal. Namun, pengawal-pengawal keselamatan mahkamah berjaya menutup semua jalan keluar bagi memerangkap pencuri-pencuri itu.

GIVI memiliki pelbagai kunci keselamatan yang berkualiti tinggi untuk mencegah kecurian - gambar hiasan.
GIVI memiliki pelbagai kunci keselamatan yang berkualiti tinggi untuk mencegah kecurian - gambar hiasan.

Hollis dan Rogers-Barrett meninggalkan BMW itu dan motosikal mereka serta menanggalkan helmet mereka dan membuang senjata-senjata yang dibawa agar dapat memanjat pagar. Percubaan itu juga tidak berjaya kerana mereka ditangkap oleh polis.

Komisyenor Ian Croxford berkata, "Kes ini menunjukkan keberkesanan polis di dalam usaha membenteras jenayah. 

"Pencuri-pencuri tersebut telah cuba melarikan sebuah motosikal dengan cara yang semborono. Perbuatan mereka yang menunggang ke kawasan mahkamah dan mencuri menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang. Selain daripada itu, mereka juga tidak keberatan untuk menggunakan kekerasan apabila mencuri."

Hollis dijatuhkan hukuman 18 bulan di bawah penyeliaan serta kerja amal 12 jam tanpa bayaran, manakala Rogers-Barrett dijatuhkan hukuman 3 bulan serta aktiviti pemulihan selama 25 hari dan perintah berkurung dengan penggunaan gelang elektronik selama 3 bulan. Kedua-dua mereka juga diarahkan membayar pampasan £500 kepada mangsa.

Sumber: MCN

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.