☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Januari 2023

Konvoi Bermotosikal - Lapor kepada JPJ, Polis Dahulu

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dato’ Zailani Haji Hashim memaklumkan bahawa penganjuran konvoi bermotosikal perlu dilaporkan kepada pihaknya serta Polis DiRaja Malaysia terlebih dahulu sebelum bermulanya acara.

Kenyataan ini dinyatakan oleh beliau di acara Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 yang telah berlangsung di Seremban beberapa hari yang lepas yang juga telah dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke. Menurutnya lagi, tindakan ini dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kementeriannya dan polis dalam memerangi isu menunggang motosikal berkuasa tinggi tanpa lesen yang sesuai ("Full-B"). Selain daripada itu, ia juga membolehkan JPJ melakukan semakan terperinci seperti status cukai jalan dan insurans.

“Saya telah bercakap dengan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasana Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim dimana setiap konvoi melibatkan lebih daripada satu motosikal bukan sahaja perlu memaklumkan pihak polis malah JPJ,” jelasnya. 

“Mereka perlu nyatakan terlebih dahulu intipati konvoi termasuk maklumat penunggang, jenis motosikal yang akan digunakan dan (paling mustahak) lesen motosikal,” tambahnya.

Apapun, beliau tidak menghuraikan kaedah bagi menyampaikan laporan tersebut kepada pihaknya.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.