Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Januari 2023

'Media Test Ride' Bersama Jentera Elektrik TailG Ebixon

Dua buah jentera berkuasa elektrik TailG Ebixon iaitu TailG Ebixon Bold dan TailG Ebixon Torq telah dilancarkan ke pasaran negara pada bulan November yang lalu. Kedua-dua model ini menawarkan bukan sahaja dari segi rekabentuk menarik tetapi juga spesifikasi keseluruhan yang mantap.

Untuk mendapatkan maklum balas serta memberi pengalaman menunggang kedua-dua jentera tersebut, pihak Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV TECH) sesi tunggangan uji bersama media yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

RR berpeluang untuk menunggang uji model Bold sahaja memandangkan unit-unit Tork ditunggang oleh pihak media yang lain. Perjalanan yang merangkumi pelbagai jenis laluan pada jarak lebih daripada 30 kilometer dipilih bagi menguji kemampuan jentera ini. TailG Bold dan TailG Torq dibawa ke dalam kesesakan bandaraya Kuala Lumpur, memecut di lebuhraya sehinggalah mendaki di Bukit Antarabangsa.

Dari rekabentuk luarannya, TailG Bold nampak seperti kebanyakan model skuter di pasaran negara. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan keseluruhannya seperti lampu hadapan, pelana, sistem saspensi dan lain-lain. Panel meter digital kemas dan mudah dibaca. Terdapat ruang di depan lutut yang dilengkapkan dengan soket pengecas USB dan ruang barang bersaiz kecil.

Pergerakan jentera ini datangnya dari motor Brushless 72V yang berkuasa 1.5kW dan tork 35Nm. Model ini menggunakan dua bateri jenis Lithium 72V/22AH yang boleh ditukar ganti tetapi hanya 1 unit bateri digunakan dalam satu masa. Jarak perjalanan untuk 1 bateri ialah sekitar 60 kilometer dan jika kedua-dua bateri telah dicas sepenuhnya, kita dapat bergerak sejauh 120 kilomter.

TailG Torq.
TailG Torq.
TailG Tork 'Biru'. RM14,888.
TailG Tork 'Biru'. RM14,888.

Terdapat dua suis di bawah pelana (berwarna biru) yang akan kita gunakan untuk menukarkan penggunaan dari satu ke satu lagi bateri. Contohnya apabila kuasa bateri A telah habis, kita hanya perlu membuka pelana dan gunakan suis untuk penggunaan bateri B pula. Tahap kuasa/penggunaan bateri dapat kita lihat pada panel meternya. Tidak lupa juga, tempoh pengecasan adalah di antara 2 hingga 8 jam.

TailG Bold 'Merah'. RM9,000.
TailG Bold 'Merah'. RM9,000.

TailG Bold mudah untuk mencelah dan mempunyai kuasa tork yang padu dan sesuai untuk tunggangan bandar. Apabila berada di lebuhraya, kami hanya berupaya untuk memecut pada kelajuan 65km/j. Ada rakan media lain yang berjaya mencapai kelajuan 70km/j.

Jujurnya, jika ditanya sama ada jentera ini sesuai untuk ditunggang di lebuhraya, jawapan saya, tidak. Ini kerana jentera ini memang agak perlahan untuk bersaing dengan kenderaan lain termasuk skuter yang berkuasa 110cc dan 125cc. Jika kita sentiasa memulas pendikitnya ke tahap maksimum, kuasa bateri pula akan lebih cepat habis. Namun begitu, TailG Bold cukup tangkas dan lincah apabila ditunggang di kawasan urban - memang 'syok' habis!

Terdapat tiga tahap kawalan kelajuan yang boleh kita pilih menerusi suis (speed gear) yang terdapat pada bar hendal sebelah kanan. Suis yang bertanda ( I, II dan III) yang memberikan tahap kelajuan maksimum berbeza. Tanda 'I' untuk kelajuan maksimum sehingga 51-53km/j, 'II' untuk 55-57km/j dan 'III' untuk 60-63km/j.

Pengendaliannya di laluan berselekoh tidak mengecewakan, sistem saspensi (fork teleskopik dan penyerap hentak berspring) 'bekerja' dengan cukup sempurna. Tayar hadapan bersaiz 130/60-13 (depan) dan 120/70-12 (belakang) dipadankan dengan brek-brek cakera yang mengawal setiap pergerakan dengan sempurna sekali.

Begitulah serba sedikit informasi mengenai TailG Bold yang dapat kami kongsinya kali ini. Sayangnya kami tidak sempat menunggang uji model Torq disebabkan unit yang terhad. Moga RR diberikan peluang lagi suatu hari nanti.

Lima pemilik terawal TailG Bold. Dari kiri: Jegathesan, Tee Xun Han, Asyikin Shahrool, Dato' Seri Rosman Mohamed & Farouk Abdullah.
Lima pemilik terawal TailG Bold. Dari kiri: Jegathesan, Tee Xun Han, Asyikin Shahrool, Dato' Seri Rosman Mohamed & Farouk Abdullah.

Turut diadakan pada hari yang sama ialah penyerahan kunci kepada para pembeli TailG Bold yang terawal. Mereka ialah Dato' Seri Rosman Mohamed, Jegathesan, Asyikin Shahrool, Tee Xun Han & Farouk Abdullah. RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.