☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Januari 2023

Apakah Perbezaan di antara HP, PS, kW?

Kita sering gunakan istilah "horsepower" atau singkatannya "HP" sebagai tolok perbandingan prestasi enjin di kalangan motosikal. Tetapi terdapat juga beberapa unit ukuran kuasa yang lain seperti kW (kiloWatt) dan PS (pferdestärke). Oleh itu kita kadang-kadang menjadi keliru apabila pembuat kenderaan memaparkan unit-unit kuasa yang yang berlainan.

Marilah kita kaji perbezaannya.

Unit ini (kuasa kuda dalam Bahasa Melayu) sebenarnya direka oleh mendiang James Watt. Watt merupakan orang yang memperbaharui enjin stim keretapi pada masa lampau (ada dalam buku matapelajaran Sejarah) dan dia mahu mempromosikan enjin yang baharu itu. Oleh yang demikian, beliau gunakan kuda sebagai perbandingan kerana kebanyakkan kenderaan pengangkut barang serta penumpang menggunakan kuda.

Beliau memformulasikan 1 HP sebagai keupayaan seekor kuda menarik beban 33,000 lb. (kurang sedikit daripada 15000kg) sejauh 1 kaki mendatar dalam 1 saat. Atau, menarik beban 550 lb. secara tegak 1 kaki dalam 1 saat.

Masalahnya, formula ini tidak menyatakan jenis kuda atau saiz kuda.

Juga, terdapat beberapa jenis unit horsepower yang berbeza sedikit-sebanyak. Antaranya ialah BHP, singkatan bagi brake horsepower. Sesebuah enjin dipasangkan kepada satu dram yang diisi air dan diligatkan ke RPM yang dikehendakki dan daya brek itu diukur bagi mendapatkan kuasa enjin. Tetapi, pembuat kenderaan di Amerika Syarikat sering menanggalkan beberapa komponen enjin yang mempengaruhi penghasilan kuasa, maka kuasa yang diukur itu lebih tinggi daripada yang diukur di benua negara-negara Eropah.

Selain itu, terdapat juga "wheel horsepower" yang mengukur kuasa enjin melalui roda yang dipacu. Sesuatu kenderaan, seperti motosikal, yang telah siap diletakkan di atas sebuah dynamometer yang lebih dikenali sebagai dyno. Roda pacuan diputarkan oleh kuasa enjin dan disukat. Hasilnya ialah sukatan yang 10% lebih rendah daripada yang diumumkan oleh pembuat kenderaan kerana kaedah ini mengambil kira kehilangan kuasa hasil geseran kotak gear, sistem pacuan akhir serta tayar.

Oleh yang demikian, unit HP merupakan suatu sukatan yang tidak sekata.

W dan kiloWatt (1000 W) merupakan unit sukatan kuasa yang sekata dan digunakan oleh para jurutera di seluruh dunia. Ia merupakan satu unit yang dikira SI yang bermaksud Système International di dalam Bahasa Perancis atau Unit Piawaian Antarabangsa, sama juga seperti sukatan metre, kilogram dan sebagainya.

Ia digunakan bagi menyukat kadar pemindahan kuasa dalam sesuatu ukuran masa, dan sejajar dengan enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik.

1 kW bersamaan 1.341 HP, atau 1 HP bersamaan 0.7457 kW (745.7 W). Oleh itu, jika sebuah pembuat mengatakan bahawa enjin motosikal mereka menghasilkan 20 kW, ia bermaksud 20 x 1.341 = 26.82 HP. Kadang-kadang pembuat akan menggenapkan nombor itu kepada 27 HP.

Ia merupakan gabungan dua perkataan Jerman: Pferde yang bermaksud kuda, dan stärke yang bermaksud kuasa. Jadi ia turut bermaksud kuasa kuda. Tetapi, perbezaannya ialah PS merupakan unit kuasa kuda yang metrik, maka tidak menggunakan unit-unit seperti kaki dan paun. Justeru, ia diukur sebagai seekor kuda yang menarik beban 75kg 1 metre secara menegak dalam 1 saat. Sebab inilah PS digunakan sebagai unit kuasa piawaian di Eropah.

Penggunaakan formula ini menghasilkan bacaan 1.4 peratus yang lebih tinggi daripada bacaan HP bukan metrik, bermaksud 1 PS = 0.986 HP, atau 1HP = 1.0141 PS. Jadi, sesebuah enjin yang dikatakan menghasilkan 200 PS bersamaan dengan 197.264 HP. Pembuat kenderaan sering menggenapkannya kepada 200 HP.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.