☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Februari 2023

Adakah ini Motosikal QJ Motor (Benelli) dengan 200hp?

Pembuat motosikal China, QJ Motor yang juga penaung jenama Benelli dikhabarkan sedang membina sebuah motosikal sport yang akan menjangkau 200hp. Jika berita itu sah, ini merupakan motosikal keluaran negara China dengan yang enjin menghasilkan 200hp yang pertama.

Menurut khabar angin itu lagi, motosikal tersebut sebenarnya diadaptasi daripada MV Agusta 1000 RR dan dipanggil QJ 1000 RR pada waktu ini. Namun, ia bukan sebuah motosikal yang "diciplak" secara langsung dan logo-logo MV Agusta ditukar kepada QJ semata-mata, kerana pembuat tersebut telah menghasilkan badan yang baharu baginya.

Gambar-gambar ini menunjukkan gaya rekabentuk yang menjadi kebiasaan untuk QJ seperti pelana duduk, ekzos dan lengan ayun. Apa yang memberikan maklumat bahawa ia merupakan sebuah MV Agusta ialah logo MV pada penutup enjin, seperti yang dipaparkan di dalam video ini.

Persoalannya ialah samada motosikal ini akan dihasilkan kerana walaupun QJ telah bekerjasama dengan MV Agusta sejak 2 tahun lepas, KTM pula telah mengumumkan bahawa mereka telah membeli jumlah saham MV. Kerjasama dengan KTM termasuk KTM menjadi penaung kepada pengedaran motosikal-motosikal MV.

Kita nantikan apa beritanya kelak.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.