☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Februari 2023

Brabus 1300 R Edition 23 Hasil Kerjasama KTM Dibuka untuk Tempahan

Setelah hasil kerjasama Brabus dan KTM menghasilkan sebuah motosikal yang sangat popular (walaupun hanya bagi golongan kayangan) pada tahun lepas, mereka telah menghasilkan sebuah lagi model yang baharu buat tahun ini yang dipanggil Brabus 1300 R Edition 23.

Edisi yang baharu ini masih menggunakan enjin KTM 1290 Super Duke R Evo yang tidak diusik prestasinya. Justery enjin V-Twin 1,301cc ini masih menghasilkan 180hp (132kW) dan tork sebanyak 140Nm. Hakikat ini mungkin mengejutkan kerana Brabus terkenal dengan usaha mereka menaiktarafkan prestasi enjin kenderaan Mercedes-Benz. Apapun, 180hp untuk sebuah motosikal naked dengan keberatan (kering) 192kg sudah lebih daripada mencukupi.

Juga seperti model sebelum ini, model Brabus 1300 R Edition 23 tersebut juga dilengkapi dengan komponen-komponen eksklusif seperti penutup lampu depan baharu, pod kemasukan udara gentian karbon, penutup tepi gentian karbon, serta pelana penunggang dan pembonceng yang baharu.

Tambah lagi, terdapat banyak komponen yang dimesin dengan kawalan komputer (CNC). Kedua-dua rim jenis Brabus Monoblock Z juga dimesin.

Suspensinya merupakan jenis elektronik daripada WP Suspension. Terdapat beberapa mod tunggangan seperti Street, Sport, Rain, Performance, dan Track. Baterinya merupakan jenis lithium ion agar dapat menjimatkan keberatan.

Hanya dua warna yang gelap sahaja ditawarkan kali ini iaitu Superblack dan Stealth Gray kerana ia mengikuti tema "dark." Ekzosnya juga bewarna hitam.

Tempahan telah dibuka semalam. Hanya terdapat 145 unit bagi setiap warna. Harganya dianggarkan di sekitar RM400,000.

Jadi cepat-cepatlah buat tempahan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).