☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Januari 2023

Yamaha Raikan Pemenang Peraduan Imbas & Menang Yamalube

Peraduan Imbas dan Menang yang dianjurkan oleh YAMALUBE telah sampai ke peringkat akhir. Peraduan yang bermula dari 1 Februari 2022 dan tamat pada 31 Disember 2022 lalu telah menemui para pemenangnya.

Untuk meraikan para pemenang peraduan ini, pihak Hong Leong Yamaha Motor telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah istimewa yang diadakan di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd baru-baru ini.

Pemenang Ketiga yang membawa pulang 5 karton YAMALUBE 4T RS200 100% Sintetik SAE10W-50 API, adalah Sdr. Mohd Ferdaus Bin Abd Rahman dari Perak manakala pemenang kedua iaitu Sdr. Muhammed Ridzuan Bin Rahmatullah dari Kg Bharu, Kuala Lumpur berjaya membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR. Ridzuan juga merupakan seorang penghantar pesanan.

Pemenang utama Peraduan Imbas dan Menang anjuran YAMALUBE ini dimenangi oleh En. Jou Cheng Pah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau yang kini menggunakan MT25 tidak menyangka akan dapat memenangi peraduan ini sehinggalah pada hari penyampaian ini dilakukan. Bagi para pelanggan Yamaha belum meraih kemenangan, teruskan usaha dan jangan menyerah kalah. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.