☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2023

Pusat Pameran 3S Royal Enfield Terbaru di Pulau Pinang

Royal Enfield Malaysia melebarkan sayapnya ke sebelah utara dengan memperkenalkan Pusat Pameran 3S terbaru di Pulau Pinang. Bilik pamera yang menghimpunkan pelbagai jenis model Royal Enfield ini diuruskan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd terletak disebelah MotoPlex Butterworth beralamat 1681 G1, Jalan Perusahaan, Auto-City Juru, 13600 Perai, Pulau Pinang.

Pembukaan cawangan Royal Enfield di Pulau Pinang bukan sahaja merupakan pusat pameran 3S kedua di Malaysia, tetapi yang ke-152 di Asia tenggara. Royal Enfield merupakan peneraju global yang menawarkan motosikal dalam segmen kelas pertengahan dengan sejarah lebih 122 tahun.

Selain menjual motosikal dan mempunyai ruangan pusat servis dengan makenik terlatih, pusat ini turut menjual barangan aksesori yang boleh dipadankan pada jentera-jentera Royal Enfield. Selain itu, mereka juga menjual pelbagai kelengkapan penunggang seperti jaket, baju, kasut, topi keledar dan pelbagai lagi.

Dengan adanya pusat pameran 3S Royal Enfield di Butterworth memudahkan lagi para pelanggang baru dan lama di sebelah utara terutama Penang, Perlis dan Kedah. Pusat 3S Royal Enfield dibuka pada setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).