Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2019

Santai De Lenggong

Jejak Ukhwah 2018 telah genap setahun melabuhkan tirainya tetapi bagaikan semalam kami berpisah membawa diri. Dalam tempoh setahun tersebut pelbagai perancangan diajukan bagi melaksana dan  menjayakan aktiviti kali ini. Santai Dé Lenggong 2019 nama diberi. Al-kisah tersebut telah direncana dan, disusunatur sekitar dua bulan lamanya. Santai dan bersahaja adalah tema diberi dan tiada protokol mahupun peraturan digunapakai. Mudah dan menyenangkan.

Tarikh 3hb Ogos 2019 detiknya. Seramai 23 orang induk (ketua keluarga) mendaftar dan sejumlah 32 orang keseluruhannya. Yang tidak daftar nama pun menghadirkan diri kerana berkesempatan di saat akhir. Teratak Aisyah terletak di Desa Ibol, Sumpitan, Lenggong negeri Perak menerima kami sebagai tetamu. Rumah inap desa yang memiliki 5 buah bilik besar dan boleh menempatkan seramai 20 - 30 orang dalam satu masa. En Najmi selaku pengelola aktiviti Santai Dé Lenggong dan dibantu oleh En. Abdul Latif dan beberapa orang lagi ahli Kelab Roda dari utara melakukan lawat tinjau ke lokasi dan menyusun atur setiap aktiviti.

Ramai juga peserta yang tiba awal pada hari tersebut. Peserta datang dari selatan tanahair Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Yang sampai awal berkumpul di Pit Stop A76 Lenggong bersebelahan masjid Ubudiah Kg. Sumpitan sementara menunggu En. Najmi tiba untuk membawa kami ke homestay Teratak Aisyah. Sedikit jamuan makan tengahari ada disediakan oleh pihak pengurusan setibanya kami di homestay.

Kami dihidangkan dengan lauk-lauk kampung terdiri daripada gulai ikan patin, ulam-ulaman beserta sambal cicahnya, ikan tilapia bakar, ikan goreng, juga tak ketinggalan ikan pekasam Lenggong. Memang sangat menyelerakan. Pada sebelah petang juga disediakan minum petang seperti cempedak goreng, keropok lekor juga lemang serta teh o. Sebakul buah langsat juga ada disediakan. Terima kasih pihak pengurusan.

Sedikit aktiviti santai selepas minum petang: antaranya lawatan ke ladang ternakan rusa dan lembu milik En. Najmi yang berkongsi tips mengenai cara menternak rusa. Kemudian kami melawat tapak debu gunung berapi yang diberi nama Bukit Sapi (Debu Volkanik Toba), bersiar-siar di sekitar Kg. Bukit Sapi dan menziarah tugu memperingati pejuangan menentang komunis oleh penduduk Kg. Bukit Sapi. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 13 Mei 1952 yang lalu.

Pada sebelah malamnya diadakan majlis tahlil dan doa selamat ke atas Arwah MYB, ahli keluarga dan sahabat yang telah pergi meninggalkan kita. Majlis tersebut diadakan di Surau Kg Ibol selepas solat maghrib. Jamuan makan malam diadakan di perkarangan surau sahaja bersama kariah surau tersebut. Antara hidangan ialah gulai daging bersama umbut pisang, sayur kobis, ikan goreng, ulamulaman bersama sambal tempoyak dan ikan pekasam.

Pada keesokan harinya selepas sarapan, pagi-pagi lagi dah ada peserta yang turun ke sungai berhampiran Teratak Aisyah untuk bermandi manda. Ada juga peserta yang tidur di tepi sungai dengan memasang khemah dan unggun api. Memang menarik dan mengujakan. Peserta mandi di sungai tidak kira tua atau muda, sudah seperti ahli keluarga. Persahabatan bermula hanya dari dunia dua roda. Sudah hampir seusia dengan majalah RodaRoda yang menjangkau ke umur 33 tahun. Tujuan perjumpaan ini juga untuk menyambung tali silaturrahim antara kami dan keluarga semua. Berkawan dari bujang hingga dah berkeluarga. Masih utuh.

Jamuan makan tengahari diadakan di dalam sungai. Jadi... kami semua bergotong royong mengangkat kerusi dan meja ke dalam sungai bagi peserta menikmati hidangan tengahari ini. Memang sangat mengujakan. Menu makan tengahari ini berupa gulai nangka, singgang ikan, ulam-ulaman, ikan pekasam loma dan yang istimewa sekali tentulah tilapia bakar bersama air asam.

Makan di sungai memang menyelerakan bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tidak keterlaluan jika kami nyatakan bahawa makanan di Lenggong ini unik, menarik dan memuaskan. Selesai makan ada lagi peserta yang sambung mandi. Suasana menjadi riuh rendah dengan telatah dan gelagat para peserta.

Sekitar jam 2.00 petang, ada di antara kami mula mengundurkan diri pulang ke halaman masing-masing. Walaupun masa sangat singkat dalam dua hari ini, ia sudah cukup bagi kami bersua setelah 365 hari terpisah. Aktiviti terancang ini telah mencipta dan merealisasikan harapan sahabat-sahabat jauh dari utara dan selatan tanah air bertemu dangan satu matlamat untuk mengeratkan silaturahim dan persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Perjumpaan ini jua telah mendapat kata putus dengan mengisytiharkan Mersing, Johor terpilih bagi JUKR 2020. Jom kita berendut di Mersing. Jumpa di sana. RR

Oleh: Saiful Nizam

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Dari Litar

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul kini penaja rasmi bagi pasukan Honda Racing Malaysia untuk tahun 2026.

Warta Roda

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tandangani Kontrak 4 Tahun Bersama Aprilia

Sah...pelumba dari Itali dan juga bekas juara MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia (Pecco) akan meninggalkan Ducati untuk meneruskan kariernya bersama pasukan Aprilia Racing bermula musim 2027 nanti.