☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Mac 2023

Hong Leong Yamaha Motor Rai Hari Wanita Sedunia 2023

Bersempena meraikan Hari Wanita 2023, Hong Leong Yamaha Malaysia mengadakan satu majlis yang diadakan secara besar-besaran bagi menghargai sokongan golongan wanita pada kemajuan dan kehebatan mereka yang digelar Dewi Yamaha. Acara tersebut lebih meriah dan bermakna apabila turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hanna Yeoh.

YB Hanna Yeoh 'lima dari kiri' merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran HLYM.
YB Hanna Yeoh 'lima dari kiri' merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran HLYM.

Peningkatan sebanyak 25% penunggang wanita berbanding 10% tahun lalu menampakkan wanita bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah dan merupakan sebahagian daripada gaya atau lifestyle mereka.

Bertempat Di SplashMania Gamuda Cove, Sepang, seawal jam 7.00 pagi menyaksikan seramai 900 orang peserta termasuk pengedar-pengedar Yamaha mendaftarkan diri di pintu masuk. Beberapa aktiviti yang dijadualkan mendapat sokongan ramai dan diantaranya adalah tarian Zumba, mencari harta karun dan melepasi halangan.

Sementara itu taklimat keselamatan kenderaan disampaikan oleh saudara Zaidi dari HLYM dan Talkshow bersama Pink Riders Nur Atkia mengisi kekosongan masa buat mereka yang tidak terlibat dalam aktivit luaran.

Acara kemuncak sebaik tamat mencari harta karun dan meredah halangan adalah penyampaian hadiah serta cabutan nombor bertuah. Di antara hadiah yang disampaikan adalah topi keledar, sarung tangan, payung dan hadiah utama merupakan sebuah motosikal Yamaha Ego Gear.

Pemenang utama acara cabutan bertuah, Saudari Nor Jatul Akmal 'atas motor'.
Pemenang utama acara cabutan bertuah, Saudari Nor Jatul Akmal 'atas motor'.

Gegak-gempita persekitaran apabila nombor telefon yang terpilih semasa cabutan dibuat dimenangi oleh Saudari Nor Jatul Akmal Binti Abdul Aziz (Aton) 31 tahun dari Kulim, Kedah. Tidak hairanlah mengapa riuh kerana kehadiran beliau bersama 100 orang kawan lain bersorak di atas kemenangannya. Acara berterusan dengan jamuan tengahari dan riadah aktiviti bebas sehingga lewat petang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).