☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2023

Jentera untuk Gegarkan Litar Aprilia RS 660 Trofeo Dilancarkan

Aprilia USA telah melancarkan model Aprilia RS 660 Trofeo baru-baru ini. Seperti namanya "Trofeo" yang bermaksud trofi dalam Bahasa Melayu, ia merupakan sebuah jentera bagi kegunaan di atas litar sahaja dan dihasilkan di dalam jumlah yang terhad.

Mula-mula sekali, ia dipasangkan dengan sistem ekzos SC Project titanium yang akan menaikkan kuasa enjin kepada 105hp setelah ECU ditala semula. Beberapa ciri elektronik seperti wheelie control, traction control dan engine braking control turut diperhalusi.

Tidak cukup itu, suspensinya juga dipertingkatkan. Fork depan menggunakan kartrij Misano by Andreani, dan monoshok belakang ditukar kepada Öhlins AP948. Kedua-dua fork serta monoshok boleh dilaras sepenuhnya. Malah, handel jenis clip-on dan pemijak kaki juga boleh dilaras. Tayarnya pula menggunakan Pirelli Supercorsa V3 SC1 yang baharu.

Aprilia juga berjaya mengurangkan keberatan RS 600 Trofeo ini kepada hanya 153kg (lebih kurang sama dengan keberatan Yamaha R25)! Jika dibandingkan dengan model RS 660 Extrema, Trofeo ini lebih ringan sebanyak 13kg, manakala ia 16kg lebih ringan berbanding RS 600 yang standard.

Harganya ialah USD21,000 bersamaan RM92,589. Anda boleh menempahnya di laman sesawang Aprilia mulai 12hb April.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.