☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 April 2023

13 Motosikal, 4 Skuter Rentung di KLCC. Suspek Berjaya Diberkas

Berikutan dengan insiden kebakaran di kawasan parki pusat membeli belas KLCC yang melibatkan 13 buah motosikal dan 4 buah skuter elektrik semalam, Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut.

kredit foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
kredit foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delihan Yahaya berkata, suspek berupa seorang lelaki berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan berada berhampiran dengan lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Turut dirampas bersama ialah sebuah motosikal, serangkai kunci motosikal, sehelai baju, sehelai seluar, sarung tangan, beg, jan tangan dan pemetik api. Suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga 19 April 2023.

Semalam, warga KLCC gempar apabila sebanyak 13 buah motosikal dan 4 buah skuter elektrik hangus dijilat api. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

kredit foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
kredit foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat dengan kekuatan 15 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran menyebabkan sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah 100 peratus, sebuah motosikal musnah 20 peratus dan tiga lagi motosikal terbakar dua peratus," kata

Komander Operasi, Mohd. iqbal Khan Malek Khan. Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan teknik 'offensive dan defensive' untuk memadam kebakaran. RR

sumber: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).