☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2023

Honda PCX 160 Tampil dengan Warna-warna Baharu di Indonesia

Honda PCX 160 kini boleh didapati dengan beberapa warna baharu yang menarik. Tetapi sayangnya, ia hanya terdapat di Indonesia dan bukan lagi di Malaysia.

Model ini menggunakan enjin 160cc sejukan cecair yang sama seperti model ADV 160. Ia menghasilkan 16hp dan mempunyai ciri Selectable Torque Control (kawalan kuasa enjin dan cengkaman tayar) sebagai salah satu ciri keselamatan.

Warna-warna baharu ini ialah untuk model tahun 2023, seperti Magnificent Red, Royal Matte Blue, Wonderful White, and Brilliant Black bagi varian dengan sistem brek CBS, serta Imperial Matte Blue, Wonderful White, Majestic Matte Red, and Glorious Matte Black bagi varian ABS.

Honda PCX merupakan antara model skuter yang popular di Malaysia pada suatu masa lalu. Ia merupakan skuter yang pertama sekali yang menggunakan ciri Engine Idle Stop yang mematikan enjin ketika berhenti di lampu trafik dan menghidupkannya kembali apabila terotel dipulas. Selain daripada itu, ia juga memperkenalkan ciri-ciri Combined Braking System (CBS) untuk skuter, dan Enhanced Smart Power Plus (eSP+). Tetapi ia akhirnya ditundukkan oleh skuter yang lebih berkuasa, khususnya Yamaha Nuovo LC, memandangkan ramai di kalangan anak muda lebih menggemari top speed daripada apa-apa ciri yang lain.

Apapun, Honda PCX masih mendapat tempat di kalangan penunggang yang menghendakki sesuatu skuter yang lebih praktikal. Honda juga telah membawa varian-varian PCX Hybrid (yang merupakan motosikal hybrid produksi yang pertama) serta elektrik, namun tidak mendapat banyak sambutan. Sekarang ADV 160 lah yang berkuasa di sini sehingga pembeli terpaksa menunggu stok!

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.