☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Februari 2023

Suzuki Malaysia Anjurkan Kempen Keselamatan Menunggang 2023

Demi memberi kesedaran dan membudayakan aspek keselamatan di kalangan para pengguna motosikal, Suzuki Malaysia telah menganjurkan kempen keselamatan yang diadakan di Seremban pada awal Januari lalu.

Jumlah penjualan motosikal di seluruh negara pada tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan yang cukup mendadak. Berbanding 500,000 unit pada tahun 2021, nilai penjualan bertambah sebanyak 220,000 untuk mencapai rekod jualan tertinggi di Malaysia dengan 720,000.

Peningkatan jumlah jualan ini telah didedahkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 anjuran Suzuki Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MSSDA). Dengan slogan 'Kekal Waspada, Keselamatan Bersama', kempen kali ini berhasrat untuk memberi pendedahan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga keselamatan ketika menunggang di jalan raya.

Berikutan dengan peningkatan jumlah jualan motosikal itu, pihak kementerian akan terus memastikan aspek keselamatan para penunggang motosikal diperhalusi serta diperbaiki dari masa ke semasa. Pendekatan menerusi media sosial juga akan dipertimbangkan agar mesej mengenai soal keselamatan akan dapat disampaikan kepada para pengguna jalan raya dengan sebaiknya.

Menurut YB Anthony, pendekatan aspek keselamatan perlu ditekankan termasuklah di kawasan luar bandar di mana alat pengangkutan awam agak terhad berbanding di bandaraya besar. Penunggang perlu dibudayakan dengan soal keselamatan dari awal perjalanan hingga selamat sampai ke destinasi.

Akan diadakan lebih banyak pemeriksaan dan pemantauan khususnya bagi menangani masalah penyalahgunaan lesen, modifikasi motosikal dan cara tunggangan yang menyalahi undang-undang.

Acara yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Para pengunjung yang hadir menerima pemeriksaan keselamatan dan penukaran topi keledar. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.