☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Mei 2023

Ducati dan PUBG Berkolaborasi Dalam 'PUBG Mobile'

PUBG (sebelum ini dikenali sebagai PlayerUnknown's Battlegrounds) ialah permainan 'battle royale' yang sangat popular di kalangan para pengguna telefon pintar Android dan iOS. PUBG ini menjadi kegemaran dan kekal popular di kalangan para peminat 'game' di telefon pintar di seluruh dunia.

Pengeluar motosikal dari Itali, Ducati telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan PUGB yang bakal menjadikan permainan ini lebih menarik dan mencabar. Pemain yang menggunakan versi terkini permainan (V2.6) boleh mendapatkan Ducati V4 S sama ada dalam warna merah tradisional, Black Phantom, Crimson Storm dan Swift Mirage.

Bagi penampilan Ducatisti yang sebenar, para pemain boleh menyesuaikan karaktor masing-masing dengan pakaian yang diinspirasikan oleh Ducati seperti Helmet Crimson Storm, Seluar Ducati Sport C2, Jaket Ducati Speed Evo C2, Kasut Ducati Corse City C2, baju Sweatshirt Ducati Hooded dan beg galas Swift Mirage.

“Komitmen Ducati pada tahap kecemerangan dan kesempurnaan sejajar dengan PUBG MOBILE. Reka bentuk Itali yang cukup anggun digabungkan dengan kemantapan kuasanya, akan membuatkan pemain berasa hebat. Kami tidak sabar lagi untuk melihat para pemain PUBG MOBILE merasai pengalaman menunggang Ducati Panigale V4 S,” kata Alessandro Cicognani, Ketua Pelesenan, Penjualan dan Penajaan Korporat di Ducati.

“Peluang untuk memberikan para pemain 'merasai' kepantasan jentera supersport menerusi permainan kegemaran mereka adalah sesuatu yang menggembirakan. Kami berharap Panigale akan memberi impak yang berkekalan kepada para pemain,” tambahnya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.