Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mei 2023

Berapa Kerapkah harus Minyak Brek Ditukar?

Minyak brek, atau lebih tepatnya bendalir brek (brake fluid), merupakan antara barang yang paling diabaikan oleh kebanyakan pemilik motosikal. Mengabaikan bendair brek merupakan suatu perbuatan yang amat berbahaya.

Bendalir brek jenis DOT 3, DOT 4 dan DOT 5.1 diperbuat daripada glycol. Oleh kerana ia dapat menyerap banyak haba dan melepaskannya selepas itu, ia juga digunakan di dalam cecair penyejuk (coolant) enjin.

Brek sesebuah kenderaan berfungsi dengan cara menukarkan daya kinetik (pergerakan) kepada haba. Dalam erti kata yang lain, sistem brek menahan cakera atau dram brek daripada bergerak dengan menggunakan geseran, justeru menghasilkan haba yang tinggi. Suhu cakera brek motosikal jalanan boleh menjangkau 160 darjah Celsius atau lebih tinggi, manakala suhu brek motosikal perlumbaan (jenis cakera keluli) boleh sampai ke 350 darjah Celsius. Sedikit-sebanyak haba ini mestilah diserap oleh bendalir brek.

Tetapi glycol "gemar" kepada kelembapan dan dapat menariknya daripada udara persekitaran. Bendalir brek yang lama akan mempunyai kandungan air yang tinggi di dalamnya, dan warnanya akan berubah daripada jernih keemasan kepada kehitaman. Apabila brek mencapai haba yang tinggi, air akan mendidih dahulu pada 100 darjah Celsius, dan wapnya akan membentuk buih di dalam paip brek dan menghalang pergerakan bendalir brek daripada pam ke piston di dalam kaliper. Sebab inilah brek motosikal yang tidak ditukar bendalir breknya akan terasa "lembut" (spongy) apabila ditekan. Malah, brek itu mungkin akan hilang sama sekali jika ia menjadi terlalu panas, contohnya apabila menuruni gunung yang curam.

Sebab inilah setiap bendalir brek yang baik memaparkan suhu mendidih "kering" (dry boiling point) dan suhu mendidih "basah" (wet boiling point). Suhu mendidih kering merupakan bendalir brek yang baharu tanpa sebarang kelembapan di dalamnya. Sebaliknya, suhu mendidih basah disukat apabila terdapat hanya 3.7% kandungan kelembapan di dalam bendalir brek tersebut. Contohnya, bendalir brek DOT 4 mempunyai suhu mendidih kering pada 260 darjah Celsius, tetapi suhu mendidihnya jatuh kepada hanya di antara 165 - 180 darjah Celsius dengan kehadiran hanya 3.7% kelembapan.

Selain daripada itu, bendalir brek yang lama akan mula bertukar sifat daripada cecair kepada bahan yang melekit seakan gel. Cebisan-cebisan kecil boleh tersumbat di dalam paip brek atau di lubang pam brek atau/dan kaliper, serta pam ABS. Keadaan ini boleh menyebabkan kelihangan kuasa brek kerana bendalir tidak lagi mengalir, mahupun brek terkunci kerana bendalir brek tidak dapat pulang ke pam brek dan melepaskan piston brek. Ia juga berkeupayaan menyumbatkan litar di dalam pam ABS dan menyebabkan fungsi ABS terganggu (lampu ABS juga menyala dan tidak padam).

Justeru bendalir brek WAJIB ditukar setiap 1 hingga 2 tahun, tidak kira samada ia masih kelihatan "cantik" atau hitam serta tidak mengira jarak perjalanan di dalam 2 tahun itu. Fakta ini juga terkandung di dalam buku pemilik kenderaan.

Tukarlah kepada bendalir brek yang sekurang-kurangnya DOT 4, tetapi daripada jenama yang boleh dipercayai. Anda juga boleh gunakan DOT 5.1 khususnya jika motosikal anda dilengkapi dengan ABS. DOT 5 diperbuat berasaskan silikon dan ialah bagi kegunaan yang lain. Kami akan bincangkan perbezaan gred DOT kelak.

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

  • Model Baru

    LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

  • Warta Produk

    DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

  • Model Baru

    Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.