☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Julai 2023

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Edisi Ulang Tahun ke-30 Masuki Pasaran Negara

Boon Siew Honda memperkenalkan CBR-1000RR-R SP Edisi Ulang Tahun ke-30 ke pasaran negara yang hadir dengan warna Pearl Glare White dan berharga RM208,800.

Edisi Ulang Tahun ke-30 tahun memberikan kenikmatan khususnya dari segi pemacuan dan pecutan yang dipadankan dengan rim berwarna emas, logo HRC baru dan skema warna ikonik. Sproket belakang diubah dari 40 mata kepada 43 mata yang meningkatkan tahap pecutan khususnya untuk di peringkat pertengahan.

CBR1000RR-R Fireblade SP ini disempurnakan dengan enjin empat silinder 999.9cc yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 159Kw pada 14,500rpm dan tork 113Nm pada 12,500rpm. Berpandukan maklum balas daripada para pelumba Honda di seluruh dunia, sistem elektronik Honda Selectable Torque Control (HSTC) telah diperhalusi untuk hantaran kuasa yang mantap dan tahap cengkaman lebih padu.

Terdapat tiga mod tunggangan yang mengawal pergerakan jentera untuk kesesuaian pelbagai jenis keadaan. Turut menyumbang kepada ketangkasan jentera ini di jalanan ialah sistem elektronik Engine Brake, Wheelie Control, Traction Control, Quick Shifter dan Cornering ABS. Segala tetapan, talaan dan info dipaparkan menerusi panel meter TFT 5-inci yang terang dan menarik.

Kekuatan tenaga jentera ini disesuaikan dengan kerangka aluminium gaya-berlian, lengan ayun ala RC213V-S, Unit Pengiraan Inertial Enam-Paksi (IMU), sistem peredam elektronik boleh laras (HESD), sistem saspensi daripada Ohlins Smart Electronik Control dan brek-brek berkualiti tinggi dari Brembo. Antara ciri-ciri daripada jentera MotoGP ialah 'winglet' yang membantu jentera ini kekal stabil sewaktu memecut dengan laju.

Terdapat paparan animasi 'Ring of Fire' ketika 'start-up' manakala nombor siri pada setiap jentera dilakukan menggunakan proses 'Laser-Engraved' serta logo 30th Anniversary menjadikan CBR ini lebih istimewa. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.