☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Julai 2023

Warna Baharu untuk Honda X-ADV 750 (2024) Didedahkan

Honda X-ADV 750 (2024) akan menerima skim warna baharu yang akan menyegarkan lagi banjaran model yang amat popular ini.

Skim warna baharu ini juga akan membezakannya daripada skim warna yang terdapat pada mana-mana skuter Honda yang lain, termasuklah ADV 160.

Terdapat dua warna "Special Edition" (Edisi Khas) di kalangan banjaran warna baharu ini. Edisi Khas tersebut ia kelabu dan merah dengan dekal tambahan. Selain daripada dua warna ini, terdapat Matte Ballistic Black Metallic (hitam) dan Paco Blue (biru).

Segala komponen yang lain termasuk enjin, kerangka, casis, suspensi kekal sama. Enjinnya masih yang dua-silinder selari 745cc yang menghasilkan 58.6HP dan 68Nm. Pendikitnya masih merupakan jenis 'ride-by-wire yang 'elektronik.' Pendikit jenis ini membolehkan mod tunggangan elektronik Standard, Rain, Gravel, Sport. Tambahan baharu ialah mod yang boleh ditala oleh penunggang sendiri.

Ciri kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Control (HSTC) masih sama dengan tiga peringkat yang boleh dipilih. Dan tidak lupa juga ciri X-ADV 750 yang sinonim iaitu kotak gear DCT (Dual Clutch Transmission). 

Model Honda X-ADV 750 yang terbaharu ini akan dilancarkan pada suku ketiga tahun depan bersama saudaranya Honda Forza 750. Judual pelancaran ini berbeza dengan yang lepas di mana model baharu bagi tahun depan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.