☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Ogos 2023

Boon Siew Honda Hadir Dengan Ruang Pameran Terbesar Di Kuala Lumpur Bike Show 2023 – Menawarkan Pelbagai Pakej & Aktiviti Menarik

Honda Motorcycle Malaysia dengan bangganya menyertai pameran Kuala Lumpur Bike Show 2023 yang berlangsung sepanjang empat hari bermula 24hb – 27hb Ogos 2023 di World Trade Centre (WTC) KL.

Ruang pamera Honda dimeriahkan dengan 26 buah motosikal pelbagai kategori antaranya jentera perlumbaan, Big Bike, Underbone dan Skuter.

Selain dengan pamera motosikal, para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan pakej merdeka yang bermula pada 7hb Julai sehingga 3hb September 2023. Pakej ini ditawarkan pada jentera Honda Vario 125, Vario 160 dan RS-X di pameran ini serta semua pusat pengedar Impian X. Para pembeli berpeluang mendapatkan motosikal pada harga tetap serendah RM188 sebulan melalui perkhidmatan Chailease dan Parkson Kredit.

“Kami amat berbesar hati dan bersemangat dapat menyertai pameran Kuala Lumpur Bike Show 2023. Panganjuran ini menandakan satu lagi peristiwa penting untuk Boon Siew Honda dengan mempamerkan rekabentuk, teknologi dan rancangan terkini untuk menentukan masa depan mobiliti dua roda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase.

“Pameran ini juga menyediakan platform untuk kami mendedahkan pencapaian dan melibatkan diri bersama komuniti dua roda. Kami amat menghargai sokongan anda, para pelanggang serta rakan kongsi yang diberikan kepada Boon Siew Honda,” tambahnya.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik di ruang pameran Honda adalah sesi Meet & Greet dengan para pelumba pasukan Honda, Safety Riding Trainer Simulator, Simulator Perlumbaan dan terdapat sudut ruangan kamera 360°.

Para pengunjung yang hadir di ruangan pameran Honda di KLBS23 juga dapat menyaksikan trofi-trofi kemenangan di atas kejayaan Honda dalam sukan permotoran tempatan dan serantau. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).