☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2023

Lompatan Melintasi 66 Motosikal

Lompatan bermotosikal merentasi 66 motosikal model Royal Enfield adalah antara persembahan menarik yang dijanjikan pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat iaitu Army Red Warrior pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, 31 Ogos depan.

Lompatan itu akan dijayakan Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin, 34, dengan menggunakan Kawasaki KX250. Pegawai Pemerintah Army Red Warrior Mejar Mohd Shah Rizad Mohd Yusof berkata persembahan pada Hari Kebangsaan nanti merupakan kolaborasi julung kali pasukan Army Red Warrior dengan Royal Enfield. Lompatan sejauh lebih 30 meter oleh Saidatul Husna akan menjadikannya pemegang rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) dalam Malaysian Book of Records (MBOR)

"Terdapat dua jenis aksi akrobatik motosikal Army Red Warrior yang pertama melibatkan motosikal carrier seperti aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak manakala motosikal scrambler untuk aksi lebih ekstrem," katanya.

"Saya teruja namun pada masa sama gementar kerana ini melibatkan nyawa, jadi saya kena bersedia mental dan fizikal sebaik mungkin untuk jayakan misi ini," kata Sarjan Saidatul Husna.

"Untuk lompatan kali ini ini, saya gunakan Kawasaki Scrambler 250cc, jenis sama digunakan untuk cipta MBOR pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Mac lepas," katanya ketika ditemui.

Menyentuh mengenai latihan, beliau berkata lompatan yang dilakukannya tidak melibatkan jarak sebenar 66 motosikal Royal Enfield memandangkan panjang padang kawad yang terhad.

"Latihan dengan jarak sebenar akan dibuat di Putrajaya semasa raptai separa 28 Ogos ini. Latihan paling saya perlukan ketika ini supaya lebih yakin walaupun telah banyak kali melalukan persembahan lompatan ini," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Tidak menyasarkan untuk mencipta sebarang rekod pada persembahan kali ini, Army Red Warrior bagaimanapun teruja untuk menjayakan lompatan pertama kali dalam sejarah merentasi 66 motosikal dan dijangka akan memecah rekod pasukan yang berperanan mempromosikan TDM.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).