☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2023

Gunakanlah Spanar Tork untuk Mengikat Bolt dan Nat

Bayangkan scenario ini: Anda hendak melaraskan rantai motosikal anda kerana ia amat kendur. Jadi anda pun keluarkan peralatan yang diperlukan, dan mainkanlah playlist kegemaran anda dalam Spotify.

Tetapi nat gandar belakang itu tidak bergerak langsung apabila anda cuba melonggarkannya. Semakin kuat anda mencuba, semakin kuat ia berlawan dengan anda. Ia seperti telah dipateri mati. Daripada mulanya anda berada di dalam mood yang baik, anda sekarang mencarut sehingga jiran anda keluar untuk melihat.

Adakah scenario ini keterlaluan? Sebenarnya tidak kerana inilah yang terjadi kepada saya.

Kerana ada "mekanik" amat taksub dengan penggunaan pneumatic impact wrench (senapang angin), untuk mengetatkan semua dan segala pengikat yang ada pada motosikal. Tidak kisalah setiap bolt dan nat dengan saiz berlainan di tempat berlainan memerlukan tahap ketat (tightening torque) yang berlainan, mereka tetap akan gunakan senapang angin. Ia termasuklah pada bolt 10mm pada pengikat kaliper brek depan, nat 19mm pada gandar belakang, bolt pengikat braket kaliper brek belakang 14mm... semua di-KLAK KLAK KLAK dengan senapang angin!

Hal sebenarnya ialah, nat gandar belakang Yamaha YSuku memerlukan tahap ketat 90 Nm manakala bolt braket brek belakang hanya 39 Nm (berpandukan buku servis motosikal). Lihatlah betapa jauh perbezaannya!

Akhirnya, kerja melaras rantai yang selalunya hanya 15 minit menjadi lebih satu jam. Itu pun Alhamdulillah bolt-bolt tersebut tidak menjadi bulat atau patah.

Saya sering pergi ke bengkel yang beroperasi secara mematuhi tatakerja yang betul, termasuklah menggunakan spanar tork untuk mengikat bolt dan nat. Kedai-kedai seperti ini lebih mahal sedikit tetapi asalkan mereka membuat kerja dengan betul.

Jika saya tidak dapat pergi ke bengkel-bengkel tersebut dan telah pergi ke sebuah bengkel yang menggunakan senapang angin, saya akan melonggarkan pengikat yang mereka telah ketatkan tadi, dan saya akan ketatkan kembali dengan spanar tork.

Spanar tork tidaklah semahal mana. Memang ada yang sampai beribu harganya, tetapi ada juga di bawah RM100. Paras tork pada spanar tork ini mungkin ada ralat, tetapi lebih baik ada ralat sedikit daripada mengikat bolt and nat dengan terlalu ketat secara buta tuli.

1. KLICK HANYA SEKALI SAHAJA apabila ia telah sampai kepada paras yang kita hendak ketatkan. Sebaliknya kita akan mengetatkan terlalu banyak jika kita membuat lebih daripada satu klik. Saya pernah tonton sebuah video yang memasang turbo pada Honda RS. Mekanik itu klik tiga kali! Pro lah sangat!

2. JANGAN JATUHKAN atau CAMPAK spanar tork.

3. JANGAN GUNAKAN UNTUK MELONGGARKAN NAT. Kerja ini patut dijalankan dengan spanar yang biasa. Hanya gunakan spanar tork untuk mengikat.

4. Set-kan spanar tork anda kepada larasan yang paling kurang apabila sudah habis kerja dan hendak menyimpannya agar dapat memelihara ketegangan spring di dalamnya.

5. Simpan di dalam kotak yang disediakan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.