☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 September 2023

Suspek yang Ditahan Bergaduh di Desaru Bike Week Positif Dadah

Sebuah video yang tular menunjukkan pergaduhan di kalangan ahli-ahli kelab motosikal ketika di Desaru International Bike Week di Kota Tinggi, Johor Sabtu lalu. Polis DiRaja Malaysia mengambil langkah cepat untuk menahan empat sejurus itu dan salah seorang daripada yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Vb33hjzNC9McQt2CyvcBzxqB8AP4n6WmYc7zmmV97oauTZ4bmCwmdizXFf2wsLoGl&id=100000209243260&mibextid=qC1gEa

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap semua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu. "Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952."

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Hayda Faridzal Abu Hassan, membenarkan reman tiga hari terhadap keempat-empat lelaki itu, bermula hari ini.

Pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Desaru kelmarin, dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.