☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Oktober 2023

JANGAN Campur Petrol di dalam Minyak Enjin!

Kami pernah menemui komen di mana seorang mekanik/pemilik motosikal yang mencampurkan petrol di dalam dalam takungan minyak enjin motosikal untuk mencuci (flush) minyak enjin lama.

Ini merupakan sesuatu yang tidak patut dibuat langsung kerana akan ada sisa minyak enjin yang tertinggal di dalam enjin sudah bercampur petrol, khususnya di kawasan atas enjin dan mana-mana ceruk kecil. Apabila minyak baharu dimasukkan, ia akan bercampur pula dengan sisa ini dan minyak enjin itu akan rosak sebab petrol akan mencairkan minyak enjin!

Selain daripada itu, selaput minyak yang melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak akan dibuang. Maka bermulah geseran di antara permukaan logam di semua komponen yang bergerak. Ini penting khususnya di antara gegelang piston dan silinder, permukaan di antara gear, permukaan pin piston, permukaan "roller" lengan jumpelang dan permukaan sesondol (cam lobe), permukaan bearing rod piston (jack rod) dan aci sesondol, dan banyak lagi.

Tambah lagi, petrol tidak mesra alam dengan getah dan gasket. Lambat-laun, gasket-gasket akan pecah dan minyak akan bocor. (Enjin 2 lejang/2-stroke/2T berbeza kerana minyak 2T memang dibuat untuk dicampur dengan petrol dan dibakar).

Kita memang tidak akan rasa kerosakan ini semua pada mulanya tetapi percayalah, masalah akan timbul pada kemudian hari.

Oleh itu, JANGAN campurkan petrol di dalam minyak enjin.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.