☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 November 2023

Royal Enfield Batu Caves Dirasmikan

Royal Enfield (RE) hari ini mengumumkan pembukaan bilik pameran eksklusif terbaru yang terletak di Dolomite Park Avenue, Jln Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia. Kedai eksklusif keempat di Malaysia ini menawarkan akses yang lebih besar untuk para pelanggan sedia ada dan bakal peminat RE terbaru di negara ini.

Pelanggan dan peminat motosikal di Malaysia kini boleh menikmati pengalaman dan warisan jenama motosikal yang berusia 122 tahun menerusi rangkaian lengkap motosikal, pusat servis, pakaian dan aksesori. Semuanya boleh didapati di Kedai Eksklusif ini.

The Royal Enfield - Batu Caves terletak di pusat komersial dan kini akan menyediakan akses yang lebih besar khususnya buat para pelanggan di Selangor.

Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Kumpulan Didi menyebut, “Dalam komitmen kami untuk meluaskan lagi jangkauan dan menjadikan kami lebih dekat dengan pelanggan serta menyediakan akses mudah kepada jenama.”

Bercakap mengenai pelancaran kedai eksklusif serba baharu ini di Malaysia, Ketua Perniagaan Asia Pasifik, Royal Enfield, Encik Anuj Dua, berkata, ”Royal Enfield komited untuk menjadi peneraju global dalam segmen motosikal saiz sederhana dan Asia Pasifik mempunyai kepentingan strategik yang besar. Malaysia adalah salah satu pasaran berpotensi tinggi di Asia Tenggara dan kami telah melihat lonjakan pesat dalam komuniti penunggang Royal Enfield. Kedai Batu Caves merupakan kedai rasmi keempat yang kami rasmikan sejak dua tahun lepas.” RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.