☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Disember 2023

Anggota polis cedera parah dilanggar motosikal cuba lari sekatan

Seorang anggota trafik cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam kelmarin.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Koperal Ahmad Haizaki Salimon, 42, cedera di muka dan badan, kini ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam bagi ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada kepala.

Penunggang motosikal berusia 21 tahun yang merempuh anggota trafik itu pula cedera ringan dan turut dirawat di hospital sama.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam Deputi Superintendan SH Roslee SH Mohd Norrani berkata, penunggang motosikal itu tidak sepatutnya melarikan diri hanya kerana ketiadaan cermin pandang sisi dan ia bukan kesalahan berat.

"Melarikan diri ketika sekatan jalan raya hanya membahayakan diri sendiri, anggota polis bertugas serta pengguna lain," katanya ketika ditemui di sini, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal melihat sekatan jalan raya di hadapan laluannya berpatah balik dan melawan arus jalan untuk melarikan diri.

"Disebabkan panik, penunggang motosikal itu melanggar anggota polis berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. RR

Sumber: https://api.bharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.