☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mac 2020

Warna Edisi Terhad Untuk SYM VF3i Adalah Tidak Benar

Tidak dinafikan, model SYM VF3i ternyata semakin mendapat tempat di hati para pencinta motosikal di tanahair. Selain menawarkan hantaran kuasa yang mantap, model ini memiliki rekabentuk luaran yang cukup sporty, agresif dan anggun.

Untuk menarik perhatian ramai, banyak promosi yang telah dilakukan dan yang terbaru ialah penularan promosi model SYM VF3i 185 Edisi Terhad yang menawarkan warna-warna 'special'. Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang model Edisi Terhad atau Limited Edition.

Menurut sumber dari Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, SYM VF3i 185 masih kekal dengan empat warna sedia ada iaitu Biru, Kelabu, Merah dan Emas (Edisi Istimewa, SE). SYM VF3i dilengkapi dengan enjin 183cc, sistem penyejuk cecair, 4 injap SOHC yang berkuasa 13.2kW pada 8,500rpm yang terbukti cukup mantap.

Antara ciri-ciri menarik yang disempurnakan pada model ini ialah lampu-lampu LED, panel meter digital, sistem brek jenis cakera dan rekabentuk yang mantap.SYM VF3i V2 ditawarkan pada harga RM8,338 manakala untuk model SE pula berharga RM8,638. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.