☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Januari 2024

Tindakan Berani Lelaki Mendapat Pujian Ramai

Kota Tinggi: "Saya tidak berfikir panjang untuk terjun menyelamatkan wanita itu ketika melihat mereka dihanyutkan air deras (longkang)," kata kontraktor, Choo Ngiam Choong, 50-an.

Choo berkata, dia masih tidak dapat melupakan detik menyelamatkan wanita itu selepas kenderaan dinaiki mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam longkang di Kilometer 42.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat Kota Tinggi, 9 pagi semalam.

Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mawai sebelum melihat rakannya yang memandu di laluan sama menghentikan kenderaan.

Katanya, sebaik keluar dari kenderaan, dia terkejut apabila mendapati sebuah kereta hanyut di longkang itu dan mendapati ada wanita turut dihanyutkan arus deras.

"Saya terus terjun ke dalam longkang mencapai wanita itu dan beberapa rakan dan orang awam di situ juga membantu.

"Saya gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi, tadi.

Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Anak ke sepuluh daripada 12 beradik yang berasal dari Kota Tinggi berkata, dia bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan ketika membantu wanita berkenaan.

"Saya memang pandai berenang. Saya bersyukur memiliki stamina yang bagus untuk membantu mangsa itu. Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang, tiada galang gantinya," katanya.

Sementara itu, rakan Choo, Oh Lee Heng, 50, berkata dia bangga dengan niat Choo membantu mangsa yang dihanyut.

"Dia tidak mempedulikan keselamatannya ketika itu sebaliknya hanya mementingkan nyawa mangsa. Semoga segala kebaikan dilakukan dirahmati Tuhan," katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, dua wanita itu dihanyutkan arus deras selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu jatuh ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora dilaporkan berkata, dalam kejadian tersebut, kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kedua-dua wanita berusia 37 dan 43 tahun itu dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam longkang sebelah kanan menghala ke Kota Tinggi. RR


sumber: https://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).