☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2023

Yamaha Lifestyle Zone Johor Bahru

Bersempena dengan sambutan Yamaha Day pada awal Julai lalu, syarikat pengedaran motosikal yang beroperasi di Tampoi, Johor iaitu New Chen Motor dengan rasminya dipilih sebagai Yamaha Lifestyle Zone. Majlis perasmian Yamaha Lifestyle Zone telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Professor Dato' Jim Khor bersama-sama Dato Sri Dato’ Indera Chen Kim Hock selaku Pengerusi Kumpulan New Chen Motor Cerdit Sdn Bhd.

Dengan perasmian Yamaha Lifestyle Zone ini, para pelanggan berpeluang untuk menikmati pengalaman baru yang lebih menarik seperti pemilihan jentera, pembelian, perkhidmatan kredit hinggalah kepada khidmat selepas jualanan yang efisien.

Pasukan kami sentiasa berusaha untuk menegakkan falsafah unik 1C5S kami - mengutamakan Pelanggan (1C), ditambah pula dengan Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti, Masyarakat dan Keselamatan (5S).

Penjelmaan Mobiliti Masa Depan ini telah direka dengan teliti, menggabungkan gaya moden dan futuristik untuk kekal sejajar dengan trend pasaran yang berkembang dan memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.

Rehatkan dan segarkan diri di GenBlu Café Tampoi yang menawarkan gabungan unik masakan Jepun-Malaysia yang merupakan set hidangan cukup sedap dan menyelerakan. Bilik pameran moden dan futuristik menampilkan semua model-model jentera Yamaha termasuk zon yang dedikasi khas untuk motosikal Berkuasa Tinggi dan ruang permainan kanak-kanak. Selain itu, pelbagai jenis minyak pelincir Yamalube dan aksesori tulen Yamaha turut disediakan.

Yamaha Lifestyle baru ini membuktikan komitmen tinggi dalam memberikan produk dan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan. Ia bukanlah sekadar sebuah kedai menjual motosikal semata-mata, ia adalah tempat yang paling menarik untuk kita berehat dan menikmat perkhidmatan terbaik. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.