☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Februari 2024

Bandar-bandar utama di Eropah cadang pengharaman motosikal & Skuter Waktu Malam

Paris: Majlis perbandaran merancang untuk diadakan semakan semula undang-undang bagi pengharaman penggunaan motosikal dan skuter di jalan raya selepas pada waktu malam bagi tujuan ketenteraman dan mengekang masalah bunyi.

Laman web 'The Connexion' melaporkan bahawa larangan yang diperkatakan itu dicadangkan berkuat kuasa antara jam 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Ia juga melaporkan bahawa terdapat juga beberapa pengecualian antaranya:

  1.  Mereka yang bertugas (pergi atau balik dari tempat kerja).
  2. Mereka yang yang dikehendaki melakukan perjalanan di antara waktu tersebut.

Cadangan ini adalah cetusan idea ahli majlis Horizons, Pierre-Yves Bournazel, yang mendakwa bahawa bunyi bising pada waktu malam adalah 'malapetaka' bagi orang Paris. Dia sudah pun mendekati Majlis Bandaraya Paris, mendesak tempoh percubaan selama setahun diadakan dengan segera.

Oleh kerana sebilangan besar penduduk kota Paris lebih cenderung untuk menggunakan kenderaan dua roda berkuasa ringan sebagai alat pengangkutan tempatan mereka, berita tersebut telah mendapat banyak kritikan dan kemarahan.

'The Connexion' turut melaporkan bahawa Jean-Marc Belotti dari French Federation of Angry Bikers (FFMC) untuk Paris telah meragui rancangan itu, dengan menyatakan bahawa kenderaan lain yang menggunakan jalan raya di waktu malam turut mengeluarkan bunyi bising sama.

“Jika kami benar-benar membuat bising pun ia sama seperti pengguna jalan raya lain. Tetapi saya boleh katakan bahawa kebanyakan bunyi (di jalan raya) yang kuat itu datangnya dari kenderaan berat, bunyi hon dan siren,” komen Jean-Marc Belotti .

“Adalah sukar untuk memahami mengapa pengumpulan tong komersil yang dilakukan pada jam 5.30 pagi atau 6.00 pagi boleh diteruskan yang pastinya lebih bising.”

Cadangan ini telah menimbulkan kekecohan bagi pemandu/penunggang di Paris sejak akhir-akhir ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).