☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Februari 2024

Suami isteri maut rempuh 4X4 di lorong kecemasan

Hulu Selangor: Suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar.

Dalam kejadian jam 11.05 pagi, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 38 tahun yang menaiki Yamaha NMAX terpelanting lalu terkena pada sebuah kereta yang melalui lokasi.

  • Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
    Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, hasil siasatan awal mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Kamunting, Perak ke Kuala Lumpur, dipercayai pulang bercuti.

"Sebaik tiba, kedua-dua mangsa disyaki tidak perasan Mitsubishi Trition yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

"Motosikal itu kemudian melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda menyebabkan mereka terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang sedang melalui tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Ahmad Faizal berkata, pasangan itu yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurutnya, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

"Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. RR

sumber: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.