☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Februari 2024

Bantuan Pembelian Motosikal di Selangor Dibuka Hingga 1 Mac

Kerajaan Negeri Selangor membuka permohonan sehingga 1 Mac depan bagi program BikeCare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal untuk pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti negeri, V Papparaidu, berkata borang bagi program yang diwujudkan khusus untuk warga Selangor itu boleh diperoleh di pejabat Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), di tingkat lima bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam, Selangor.

"Borang juga boleh diperoleh secara dalam talian menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1ZvyjM4m_fSDQwNbMoZ5GTpWs5jqFeWhR/view?u...

Contoh Borang Permohonan (muka surat 1).

"Pemohon perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu berusia 18 tahun ke atas, memiliki lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)," katanya dalam kenyataan.

Program BikeCare-1000 merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang bertujuan bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-Hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan. Ia juga adalah usaha kerajaan negeri buat warga Selangor yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam usaha meneruskan kehidupan yang kini kianmencabar.

Papparaidu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting berkata, semua permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan penjamin (keluarga), salinan penyata bank, salinan lesen motosikal dan salinan slip gaji terkini.

Katanya, borang permohonan yang sudah lengkap perlu diserahkan ke pejabat UPPS di bangunan pentadbiran kerajaan negeri sebelum 1 Mac.

"Program ini inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu pekerja tempatan mengatasi cabaran kewangan, terutama dalam memperoleh pengangkutan peribadi yang diperlukan," katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-5545 2216, 03-5544 7307 atau 03-5544 7305. RR

sumber: https://www.bharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).