Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 November 2023

Karnival Gen Blu 2023 - Kota Kinabalu, Sabah

Karnival Gen Blu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) khusus buat para peminat dunia dua roda dan kali pertama ia dirasmikan ialah pada tahun 2018 lalu bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selain menjadi platform buat HLYM mendekati para pengguna motosikal menerusi pelbagai aktiviti, acara ini juga memberi peluang buat para pengeluar produk dan aksesori untuk mempamerkan serta menjual produk-produk mereka pada harga yang menarik. Pada edisi pertama itu, HLYM turut melancarkan sebuah model sport iaitu YZF R15.

Memegang reben perasmian dari kiri: En. Goh Wei Ping, En. Takabayashi Taketoshi, Prof. Dato’ Dr. Jim Khor & En. En. Tim Ho.
Memegang reben perasmian dari kiri: En. Goh Wei Ping, En. Takabayashi Taketoshi, Prof. Dato’ Dr. Jim Khor & En. En. Tim Ho.
Model terbaru, Yamaha Tenere 700 telah diperkenalkan di Karnival Gen Blu 2023.
Model terbaru, Yamaha Tenere 700 telah diperkenalkan di Karnival Gen Blu 2023.

Tahun berikutnya, karnival ini diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps), yang berjaya mencipta rekod baru Perhimpunan Terbesar Motosikal Yamaha dengan jumlah penyertaan sebanyak 11,836 buah jentera. HLYM telah memilih hari yang penuh bersejarah itu untuk melancarkan model edisi terhad Y15ZR dan NVX 155 yang digelar sebagai Doxou.
Namun begitu, wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan penganjuran Gen Blu terpaksa dihentikan sementara pada tahun 2020 dan 2021.

Pada tahun 2022, penanti para peminat Yamaha berakhir apabila edisi ketiga karnival ini kembali dianjurkan yang bertempat di Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut. Walaupun tiada model baru dilancarkan tetapi HLYM telah memperkenalkan maskot Gen Blu yang diberi nama Blu Boi, watak animasi lelaki berpakaian serba biru.

Para pegawai tertinggi HLYM menyambut ketibaan para peserta konvoi Trans Borneo 2023.
Para pegawai tertinggi HLYM menyambut ketibaan para peserta konvoi Trans Borneo 2023.

Terbaru, Karnival Gen Blu edisi keempat dengan jayanya telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 September 2023 yang telah mendapat sambutan cukup mengagumkan dengan kehadiran para pengunjung sekitar 10,000 orang.

Cuaca yang cukup cantik, langit membiru bagaikan merestui acara ini. Majlis pelancaran Karnival Gen Blu 2023 yang cukup istimewa ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industri, Prof Dato’ Dr. Jim Khor yang kemudiannya diiringi dengan persembahan tarian tradisional Sabah.

Khemah promosi Petronas Cub Prix menawarkan pelbagai barangan menarik untuk dimiliki.
Khemah promosi Petronas Cub Prix menawarkan pelbagai barangan menarik untuk dimiliki.
Para pengunjung dapat menunggang uji berbagai jenis jentera keluaran Yamaha.
Para pengunjung dapat menunggang uji berbagai jenis jentera keluaran Yamaha.

Deruman ribuan jentera Yamaha seperti Tracer GT, Tracer, MT-09, MT-07, R25, R15, Xmax 250, Nmax 150, Y16ZR, Y15ZR, 135LC, 125Z, Lagenda 115, NVX, Avantiz, Solariz dan TMax memeriahkan lagi suasana. Para peminat motosikal khususnya Yamaha hadir secara solo dan berkonvoi bersama rakan-rakan yang datangnya dari pelbagai daerah di Sabah malah dari Sarawak juga tidak melepaskan peluang ini.

Pihak HLYM juga memilih karnival ini bagi memperkenalkan motosikal terbaru iaitu Yamaha Tenere 700. Aksi tunggangan yang ditunjukkan oleh penunggang stunt dari Indonesia iaitu Wawan Tembong sememangnya cukup mengagumkan. Wawan mempamerkan kemantapan jentera bersesaran 689cc dengan aksi wheelie, stoppie dan 'terbang' yang mendapat tepukan dan sorakan daripada para hadirin yang membanjiri perkarangan Stadium Likas itu.

Para pengunjung beratur panjang untuk mencuba permainan ‘Tornado Box’.
Para pengunjung beratur panjang untuk mencuba permainan ‘Tornado Box’.
Pertandingan Motosikal Tercantik mempamerkan kreativiti para peminat motosikal.
Pertandingan Motosikal Tercantik mempamerkan kreativiti para peminat motosikal.

Tapak pameran dihiasi dengan khemah-khemah promosi daripada pelbagai pengeluar aksesori motosikal seperti alat ganti, pakaian menunggang, , baju hujan berbagai warna, fesyen bermotosikal, pelincir, tayar, penyedia perkhidmatan kewangan dan macam-macam lagi. Bagi para peminat cub prix, inilah masa terbaik untuk mendapatkan pelbagai barangan eksklusif seperti topi, baju-t, bekas minuman, payung, key-chain dan lain-lain.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, para pengedar turut menawarkan potongan harga menarik, pakej promosi dan cenderahati yang memang berbaloi untuk dimiliki. 'Sapa' tak beli memang rugi.

Peluang terbaik untuk mendapatkan pelbagai barangan & aksesori menarik.
Peluang terbaik untuk mendapatkan pelbagai barangan & aksesori menarik.
Permainan ‘Grab & Win’ mendapat sambutan hebat!
Permainan ‘Grab & Win’ mendapat sambutan hebat!

Pengunjung turut berhibur dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah Pertandingan Motosikal Tercantik yang mengenengahkan kreativiti pemilik motosikal untuk Kategori Moped, Street dan Automatik mengubahsuai jentera masing-masing menjadi lebih menarik. Permainan Grab & Win memang cukup menarik. Para peserta akan digantung dan kemudiannya perlu memeluk sebanyak mana bola yang disediakan untuk membawa balik hadiah. Lagi banyak bola dapat dipeluk, lagi banyak peluang menang hadiah.

Para pengunjung turut berpeluang merasai sendiri jentera-jentera keluaran Yamaha dengan berkunjung ke khemah Tunggang Uji. Antara aktiviti lain yang terdapat di karnival Gen Blu kali ini ialah Peraduan Pakaian Biker Miss Dewi, Permainan Baling Tin, Bull Riding dan Bola Sepak.

Cuaca cukup baik di sepanjang penganjuran Karnival Gen Blu di Sabah.
Cuaca cukup baik di sepanjang penganjuran Karnival Gen Blu di Sabah.

Di sebelah petang, Karnival Gen Blu bergema dengan nyanyian dan sorakan para pengunjung yang menyanyi bersama-sama kumpulan rock alternatif popular, Estranged. Lebih istimewa, penyanyi utama kumpulan itu iaitu Rich Gimbang juga berasal dari Penampang, Sabah. Estranged telah menyampai beberapa buah lagu mereka termasuklah lagu popular berjudul 'Itu Kamu' yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2007 yang lalu.

Acara yang ditunggu-tunggu oleh para pengunjung iaitu Cabutan Bertuah yang kali ini menawarkan lebih banyak hadiah istimewa berbanding edisi 2022 yang berupa motosikal Yamaha XMax, R25, MT-15, EGO Gear dan EZ115.

Tahniah diucapkan buat HLYM di atas penganjuran konvoi Trans Borneo dan Karnival Gen Blu di bumi Borneo yang bertuah ini. Semoga kita berjumpa lagi di edisi akan datang. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul kini penaja rasmi bagi pasukan Honda Racing Malaysia untuk tahun 2026.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Dari Litar

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.