☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Februari 2024

Bermula 2025, Yamaha YZF R1 & R1M Hanya Kegunaan Litar Sahaja....

Sudah seminggu para peminat motosikal bercerita mengenai model superbike ikonik keluaran Yamaha iaitu YZF R1 yang dikatakan tidak akan lagi dikeluarkan. Ini bermakna, kita tidak akan dapat lagi melihat R1 yang begitu gah dan 'tersohor' dilancarkan serba baru. Ini berikutan tersebarnya maklumat bahawa ada laporan dari UK menyatakan jurucakap rasmi Yamaha UK berkata:  "Yamaha Motor Group telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembangunan versi EU5+ R1 atau R1M."

Boommm! Berita tersebut ternyata 'meletup!' dan hampir semua peminat dunia motosikal sports berbual dan 'berdebat' mengenai sebab mengapa pihak Yamaha membuat keputusan itu. Jadi..macam-macam teori telah membanjiri ruangan-ruangan komen dan forum.

Dari 1998 hingga 2020, Yamaha YZF R1 telah melakukan pelbagai pembaharuan yang terdiri daripada sudut mekanikal, rekabentuk, sistem pencahayaan, sistem teknologi dan banyak lagi. Ketiadaan model ini khususnya di majlis pelancaran global seperti sebelum-sebelum ini memang agak menyedihkan.

Akhirnya pihak Yamaha Racing mengeluarkan kenyataan baru-baru: "Memandangkan cabaran untuk memenuhi piawaian homologasi Euro5+, Yamaha R1  di Eroph akan ditawarkan dengan spesifikasi eksklusif untuk penggunaan litar sahaja. http://yamaha-racing.com.

Yamaha Racing turut berkongsikan bahawa mereka telah membuat pelaburan dengan banyak dalam penyediaan komponen peningkatan prestasi GYTR model R1 buat para pelanggan dengan menggunakan pengalaman serta kepakaran jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan jentera R1 WorldSBK milik Jonathan Rea. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).