☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Mac 2024

Langgar Lampu Merah, Penunggang Motosikal Parah!

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal cedera parah akibat dirempuh sebuah kenderaan SUV selepas dipercayai melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat.

Tangkap Layar: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira jam 1.54 pagi. Kejadian yang berlaku di persimpangan Paya Rambai itu membabitkan dua motosikal dan sebuah SUV.

Menurut beliau, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), pemandu Proton X50 yang juga seorang wanita berusia 26 tahun ketika itu dalam perjalanan dari arah Berek 12 menghala ke Lundang.

Tangkap Layar: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Tangkap Layar: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, SUV dipandu wanita itu tiba-tiba dilanggar dari arah sebelah kanan oleh dua motosikal yang dipercayai ditunggang oleh dua remaja berusia 17 tahun.

"Berdasarkan CCTV itu juga, dua remaja berkenaan dari arah Wisma Persekutuan menghala ke Demit telah melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan terbabit," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, akibat rempuhan berkenaan, kedua-kedua penunggang motosikal terjatuh dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Tangkap Layar: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Tangkap Layar: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Seorang lagi penunggang hanya mengalami luka di bahagian kaki dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Jelas Mohd Rosdi, pemandu Proton X50 bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya lagi, polis sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.