☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Mac 2024

Pengalaman Ngeri Pengembara Motosikal. Dirogol bergilir-gilir, pasangan dipukul...

Bengaluru: Polis India menahan tiga suspek dan memburu empat lagi yang dituduh menyerang dua pelancong asing dan merogol mangsa wanita secara bergilir-gilir di negeri Jharkhand, menurut pihak berkuasa dan pasangan mangsa terbabit.

Kredit foto: IG vueltaalmundoenmoto
Kredit foto: IG vueltaalmundoenmoto

Polis menemukan pasangan warga Sepanyol itu kira-kira 11 malam waktu tempatan pada Jumaat lalu di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul, kata Superintendan Polis Dumka, di timur India, Pitamber Singh Kherwar, kepada pemberita.

"Salah seorang suspek yang ditahan mendedahkan nama suspek lain yang terbabit kepada pihak berkuasa dan makmal sains forensik membantu kami melakukan sisatan," katanya.

Tangkap layar video perkongsian IG Vicente dan Fernanda berkenaan peristiwa hitam yang berlaku.
Tangkap layar video perkongsian IG Vicente dan Fernanda berkenaan peristiwa hitam yang berlaku.

Selain itu katanya, kedua-dua mangsa membuat aduan polis terhadap perbuatan jenayah membabitkan tujuh lelaki.

Pasangan berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Vicente dan Fernanda kepada stesen televisyen Sepanyol, Antena 3, dalam temu bual menerusi video pada Sabtu, mendakwa Fernanda dirogol dan Vicente dipukul berulang kali.

Menurut pasangan itu, mereka berkhemah di kawasan di mana mereka diserang kerana tidak berjaya mendapatkan hotel berdekatan.

Tangkap layar video pengembaraan pasangan berkenaan di negara lain.
Tangkap layar video pengembaraan pasangan berkenaan di negara lain.
Tangkap layar video pengembaraan pasangan berkenaan di negara lain.
Tangkap layar video pengembaraan pasangan berkenaan di negara lain.

"Mereka merogol saya secara bergilir-gilir dengan ada antara mereka memerhatikan dan ini berlarutan selama sekitar dua jam," kata Fernanda yang memiliki dwikewarganegaraan Brazil-Sepanyol, dalam temu bual terbabit.

Awal minggu ini, pasangan berkenaan menyiarkan video menceritakan apa yang berlaku dalam akaun Instagram bersama mereka, di mana ia memaparkan imej mengenai pengembaraan mengelilingi dunia menunggang motosikal kepada hampir 200,000 pengikut, tetapi video berkenaan sudah dikeluarkan.

Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan selepas mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000 kilometer.

Kredit foto: IG vueltaalmundoenmoto
Kredit foto: IG vueltaalmundoenmoto

Dalam video baharu, Vicente dan Fernanda, yang tampil dengan muka yang cedera, berterima kasih kepada pengikut mereka atas sokongan yang diberikan.

Kementerian Luar Sepanyol berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan dan berhubungan dengan pihak berkuasa, manakala Kementerian Luar Brazil sudah menghubungi pasangan itu menerusi kedutaannya di New Delhi bagi memberi bantuan.

sumber: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.