☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mac 2024

Hot Wheels Lancar Siri Animasi Baru Di Saluran Netflix

Pengeluar model kereta berskala, Hot Wheels telah melancarkan Hot Wheels Let’s Race TM, satu siri animasi kanak-kanak baharu terbitan Mattel Television Studios yang akan ditayangkan menerusi saluran Netflix di seluruh dunia.

Siri animasi “Hot Wheels Let’s Race™: ini merupakan sebuah siri komedi aksi untuk kanak-kanak yang menggabungkan kenderaan-kenderaan luar biasa, watak-watak beraksi hebat, perlumbaan pantas, cabaran-cabaran mendebarkan dan banyak lagi.

Siri ini memaparkan tentang sekumpulan pelumba generasi baru: Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar menyertai sebuah kem perlumbaan yang menguji kemahiran pemanduan mereka. Rancangan ini akan memaparkan pertandingan perlumbaan yang mencabar, aksi-aksi yang ekstrim, dan cabaran yang memacu adrenalin setiap pelumba.

“Kami sentiasa berusaha untuk mendekati para peminat kami dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan. Kami berharap ia dapat menyemarakkan dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka selama ini. Kami berharap semua peminat akan menanti dengan penuh keterujaan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mendebarkan,” ujar En. Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Asia Selatan.

Bagi menyempurnakan proses penetapkan lagu, irama dan tempo untuk siri ini, Hot Wheels telah bekerjasama dengan Patrick Stump, penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys. Beliau merupakan seorang ahli muzik dan juga penulis lirik yang telah memenangi pelbagai anugerah. Pada masa yang sama, Stump juga akan merakamnya lagu tema, mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episod.

Bagi meraikan pelancaran siri ini, Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah diadakan. Peringkat kelayakan telah bermula dari 15 Februari sehingga 3 Mac lalu di lokasi-lokasi yang terpilih seluruh Malaysia. Acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 Mac hingga 10 Mac 2024 manakala pertarungan akhiradalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.

Ruang legar IOI City Mall akan berubah menjadi sebuah Bandar Hot Wheels bersaiz sebenar yang pastinya memberikan impak cukup besar buat kejuaraan ini. Pengunjung boleh menantikan sebuah Ultimate Garage sebagai acara tumpuan utama dan pelbagai set permainan lain dari Hot Wheels City.

Acara tersebut akan dibahagikan kepada empat zon iaitu:

● Zon Pitstop Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh mencuba pakaian perlumbaan untuk sesi bergambar.

● Zon Garage Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh menguji kepantasan tangan mereka untuk menukar tayar semasa perlumbaan besar!

● Di Zon Test Drive Hot Wheels, pelumba boleh cuba berlumba dalam permainan Hot Wheels Unleashed 2.0 sebelum perlumbaan besar mereka!

● Akhir sekali pelumba akan menerima cabaran Zon Lumba Hot Wheels dengan melaungkan “Challenge Accepted!” ke Raceway Challenge, Cobra Challenge dan Flame Challenge

Pelumba yang berjaya menyelesaikan aktiviti mereka di setiap stesen, akan menerima Hot Wheels Flame Badge sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini dan apa saja tentang Hot Wheels, sila layari

laman web https://www.facebook.com/hotwheels.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.