☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 April 2024

Boon Siew Honda Anjurkan Program Gerak Bersama Honda, Bersama Di Hati

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. atau Honda Motorcycle Malaysia telah menganjurkan program komuniti iaitu Gerak Bersama Honda, Bersama Di Hati. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan merupakan usaha untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki dan aktiviti turun padang bersama masyarakat setempat di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.

Program ini telah dihadiri oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, En. Mitsuharu Funase, Ketua Pegawai Eksekutif, Boon Siew Honda, En. Kunitomo Asano, Ketua Eksekutif Pemasaran, Boon Siew Honda, En. Attar Bacha, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur, dan para tetamu terhormat yang lain.

Tiga aktiviti utama telah diadakan iaitu Pemeriksaan Motosikal Honda percuma, Pembungkusan & Pengedaran Pek Keceriaan Honda, serta pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk. Pihak BSH menawarkan pemeriksaan dan perkhidmatan servis percuma kepada komuniti. Bagi program kali ini, sebanyak 80 slot pemeriksaan motosikal telah diperuntukkan kepada penduduk PPR Kampung Muhibbah.

Sebanyak 40 Pek Keceriaan Honda yang mengandungi makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, biskut, garam, dan makanan dalam tin telah diedarkan oleh barisan pihak pengurusan Boon Siew Honda kepada rumah-rumah terpilih PPR Kampung Muhibbah. Inisiatif ini telah memberi peluang kepada Honda Motorcycle Malaysia untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama komuniti.

Selain itu, 1,000 bungkus Bubur Lambuk telah diedarkan kepada penduduk PPR dan setiap bungkusan Bubur Lambuk mengandungi kurma dan minuman, sesuai untuk berbuka puasa atau makan malam. Turut menceriakan hari penganjuran ialah pemberian 300 set mewarna kepada kanak-kanak setempat agar menjadi pelengkap kepada alat tulis mereka.

En. Mitsuharu Funase, Ketua Pegawai Eksekutif, Boon Siew Honda berkata "Ini adalah kali pertama Boon Siew Honda menyertai program komuniti berskala besar yang terdiri daripada pelbagai perkongsian rezeki secara menyeluruh. Saya bersyukur kerana Boon Siew Honda berjaya menyemarakkan nilai 'Semangat Impian' melalui khidmat komuniti kepada masyarakat.

Pada hari penganjuran tersebut, borang kajian soal selidik juga diedarkan untuk mengumpul maklum balas penduduk terhadap perkhidmatan Honda Motorcycle Malaysia. Maklum balas kajian ini penting untuk membantu pihak BSH menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.