☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 April 2024

Empat Produk Honda Menang Anugerah 'THE RED DOT DESIGN AWARD'

Honda telah mengumumkan empat produk mereka iaitu EM1 e: Moped Elektrik, Motocompacto: skuter elektrik kompak boleh lipat, BF350: enjin bot dan Miimo: Mesin rumput robotik telah menerima anugerah Red Dot Design tahun ini dalam kategori 'Product Design'.

'Red Dot Design Award' merupakan salah satu anugerah rekabentuk yang paling berprestij di peringkat global dan ia merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda telah menerima pengiktirafan terhormat ini.

EM1 e: Dibangunkan dengan konsep "Skuter Elektrik 'tepat' Untuk Orang Ramai,". Jentera ini direka untuk kegunaan peribadi, dikuasakan oleh Honda Mobile Power Pack e - (bateri boleh ditukar). Ia hadir dengan lampu jenis LED yang memiliki kecerahan tinggi agar memudahkan para pemiliknya di waktu malam. Rekaan keseluruhan model ini juga ringkas dan ramping.

Motocompacto: Pada dasarnya ia direka untuk mudah dimuatkan ke dalam 'but' kereta. Model ini menampilkan penggayaan canggih menerusi saiznya yang kompak, boleh dilipat menjadi satu konfigurasi yang mudah dibawa serta dapat disimpan dengan rapi di dalam sesebuah kereta.

BF350: Didatangkan dengan enjin V8 baru, berisipdu 4,952 cm3 (302 in3), BF350 ialah model enjin 'bot sangkut' dari Honda yang cukup berkuasa. BF350 dibangunkan untuk menawarkan perjalanan yang bukan sahaja lancar, tetapi juga harus memiliki bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan penjimatan bahan api.

Motocompacto.
Motocompacto.

Mewarisi konsep reka bentuk ‘Noble Motion Form’, BF350 menggabungkan perpaduan manusia dengan alam semula jadi. Penggunaan logo Tiga Dimensi dan beberapa bahagian yang bersalut krom menjadikan BF350 menawarkan gaya mewah dan kemasan akhir yang berkualiti tinggi.

BF350.
BF350.
MILMO.
MILMO.

Milmo: Memberikan kesenangan buat pemiliknya dengan proses pemotongan rumput secara automatik mengikut ruangan atau kawasan khusus. Model ini akan kembali ke dok pengecasan secara automatik sebaik sahaja kehabisan kuasa. Milmo didatangkan dengan ciri-ciri Satellite Assisted Homing yang memberikan maklumat lokasi menerusi satelit agar 'alat' ini dapat pulang ke Dok Pengecasan dengan cepat walaupun terpaksa melalui laluan yang sempit. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.