☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Jun 2024

Maut...Putus Kaki...Tiga Buah Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila kaki kanannya terputus selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Jerus - Kok Lanas (dalam pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama) di Banggol Saman, Pasir Puteh.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, kemalangan kira-kira jam 7.40 petang itu berlaku ketika dua motosikal jenis Honda EX5 masing-masing ditunggang oleh seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun datang dari arah Kok Lanas menuju ke Kota Bharu.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut dan melanggar motosikal jenis Honda RS yang ditunggang oleh mangsa datang dari arah bertentangan menyebabkan kesemua mereka terjatuh di atas jalan terbabit,” katanya.

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang motosikal Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Machang dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

Zaizul Rizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana individu yang memiliki maklumat berkaitan kemalangan itu boleh menyalurkan ke balai berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Inspektor Muhammad Firdaus Adzmi," katanya. RR

http://sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.