☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Jun 2024

Tiada Perancangan Adakan Laluan Khas Motosikal Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan belum berhasrat untuk membina laluan khas bagi motosikal di lebuh raya yang sedang beroperasi buat masa ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan itu hanya akan melibatkan tambahan kos yang tinggi kepada kerajaan berikutan skop berkenaan tiada dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan akan meneliti perkara ini dalam rundingan cadangan projek lebuh raya baru pada masa akan datang tertakluk kepada beberapa faktor seperti kadar tol dan tempoh konsesi,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Nanta Linggi menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) yang mengutarakan persoalan mengenai perkembangan terkini dasar mewajibkan laluan khas motosikal di lebuh raya dan hasrat untuk menambah baik lebuh raya yang tidak mempunyai laluan khas motosikal termasuk Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3).

Dalam soalan sama, Shaharizukirnain turut ingin tahu mengenai usaha kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan risiko ancaman keselamatan di laluan motosikal yang disediakan di lebuh raya.

Menjawab kedua-dua soalan berkenaan, Nanta Linggi berkata perkara itu akan diteliti di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Ini kerana cadangan laluan khas penunggang motosikal ini akan memberikan impak kepada kos pembinaan dan daya maju projek tersebut yang akhirnya akan diimbangi oleh kadar tol tinggi dan tempoh konsesi lebih panjang,” katanya.

Menyentuh mengenai usaha mengurangkan risiko ancaman keselamatan di laluan motosikal yang disediakan di lebuh raya, Nanta Linggi berkata, pemantauan aspek keselamatan dilaksanakan menerusi rondaan berkala oleh syarikat konsesi lebuh raya.

Katanya, pemantauan juga dibuat menerusi imej kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa lokasi berisiko dan strategik di lebuh raya.

“Selain itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal.

“Usaha turut dijalankan oleh LLM dan syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal menerusi kempen keselamatan yang diadakan dari semasa ke semasa serta kerjasama dengan komuniti setempat,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata Kementerian Kerja Raya melalui LLM dan syarikat konsesi lebuh raya sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna di lebuh raya.

Di bawah inisiatif Bitara Malaysia Madani katanya, tempat berteduh motosikal merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan untuk memastikan keselamatan golongan terdedah semasa cuaca buruk terutamanya penunggang motosikal.

Untuk rekod, sejak Januari tahun lalu, sebanyak 98 lokasi tempat berteduh motosikal telah disiapkan dan 21 lokasi lagi dijangka akan siap sebelum akhir tahun 2024 menjadikan keseluruhan 119 lokasi siap dibina. RR

sumber: https://malaysiagazette.com               

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).