☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Julai 2024

Geng Curi Motosikal Berjaya Diberkas

MELAKA: Enam budak lelaki berusia 13 hingga 17 tahun termasuk dua pelajar anggota 'Geng Botak' ditahan polis kerana aktif mencuri motosikal di sekitar negeri ini.

Difahamkan geng ini aktif sejak Januari lalu disyaki terbabit sekurang-kurangnya enam kes mencuri motosikal pelbagai jenis.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi, berkata kumpulan diketuai seorang pelajar Tingkatan 1 dikenali sebagai 'Botak' dilumpuhkan menerusi operasi Op Lejang dijalankan Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah), Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Kredit foto: bharian.com.my
Kredit foto: bharian.com.my

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan pada 4 hingga 7 Julai lalu dan menahan enam kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun di beberapa lokasi di sekitar negeri ini di Jalan Semabok dan Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.

Siasatan polis mendapati sindiket ini bergiat aktif sejak januari 2024 dan modus operandi mereka adalah menyasarkan motosikal diletakkan di luar rumah tidak berpagar.

"Dengan penahanan semua individu ini, polis percaya sudah berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di sekitar Melaka.

"Menerusi serbuan dan tangkapan yang dilakukan kita turut merampas enam motosikal yang dilaporkan hilang termasuk sebuah motosikal digunakan untuk mencuri motosikal lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kredit foto: bharian.com.my
Kredit foto: bharian.com.my

Md Nazri berkata, siasatan polis mendapati motosikal yang dicuri iaitu Yamaha 15ZR, Yamaha 135 LC dan Modenas Kriss juga digunakan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan sindiket ini.

Polis turut melakukan ujian saringan awal air kencing dan mendapati semua mereka bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah dan dua daripada individu yang ditahan masih bersekolah.

"Semakan rekod yang dijalankan juga mendapati semua mereka tiada sebarang rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.

"Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga didenda, jika disabitkan kesalahan," katanya. RR

sumber: http://bharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.