☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Ogos 2024

Yamaha Star Advance Pertama di Pantai Timur

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha Star Advance pertama di Pantai Timur yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Yamaha Star Advance dikendalikan oleh Kian Giap Motors Sdn Bhd yang telah beroperasi selama 40 tahun sebagai pengedar sah Yamaha dan merupakan salah satu pengedar Yamaha Top-50 selama 19 tahun di bawah pimpinan En. Lee Tiong Wan dan En. Lee Teong Tat.

Bilik pameran yang terbesar di Pantai Timur ini merupakan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) yang mempunyai keluasan 6,000 kaki persegi termasuklah GENBLUE Cafe, pusat servis YQS dengan kelengkapan peralatan servis berkualati tinggi dan hiasan kedai diilhamkan oleh orang Kelantan bagi menawarkan keselesaan buat para pelanggan Yamaha.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dato' Dr. Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, En. Taketoshi Takabayashi, Pengarah Hong Leong Yamaha Motor, En. Hoo Wan Tim, Pengurus Pesar Penjenamaan & Pemasaran HLYM, En, Teo Ming Wei, Pengurus Besar 3S HLYM dan En. Goh Wei Ping, Pengurus Besar Alat Ganti YGP HLYM.

Komitmen dan sokongan Kian Giap Motors Sdn Bhd untuk menjayakan Yamaha Star Advance bakal memartabatkan lagi jenama Yamaha di Kelatan dan akan terus menawarkan produk berkualiti serta perkhidmatan selepas jualan buat semua pelanggan Yamaha yang dihargai. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.