☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Ogos 2024

Bluroc V-Bob 250, Model Bobber dari Belgium

Bluroc Motorcycle merupakan jenama motosikal dari Belgium, menawarkan pelbagai model yang menampilkan rekabentuk cukup menarik dan spesifikasi yang mantap. Antara yang mendapat perhatian para peminat dua roda di Eropah khususnya ialah V-BOB 250.

V-BOB 250 Red Candy.
V-BOB 250 Red Candy.

V-BOB 250 menyerlah dengan bentuk-bentuk berotot, serta ciri bunyi enjin V-Twin yang cukup padu. Dari segi penggayaan, V-BOB 250 didatangkan dengan lampu-lampu jenis LED, port USB dan sistem ABS.

Ia disempurnakan dengan enjin V-Twin 250cc, sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa 20hp (13.5 kW). Prestasi jentera ini ketika memecut datangnya dari sistem suntikan bahan api elektronik, dikawal oleh ECU Delphi yang memastikan kecekapan di setiap penggunaan pendikit.

V-BOBBER Gray Matt.
V-BOBBER Gray Matt.
V-BOB Black Matt.
V-BOB Black Matt.

Dari segi casis pula, V-BOB 250 menampilkan fork hadapan jenis terbalik yang dipadankan dengan sistem penyerap hentak boleh laras di belakang. Tayar-tayar V-BOB dikawal oleh brek-brek jenis cakera yang bersaiz 280 mm (hadapan) dan 240mm di belakang beserta sistem ABS standard.

Dengan berat kosong hanya 179 kg dan tangki bahan api 20 liter, BOBBER ini menjanjikan pergerakan tangkas di bandar dan juga mampu untuk kita menempuh perjalanan jarak jauh. Ketinggian tempat duduknya ialah 715 mm, memudahkannya dikendalikan oleh semua jenis penunggang.

V-BOB 250 Red Candy.
V-BOB 250 Red Candy.

 V-BOB 250 ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Candy Red, Matte Black dan Matte Gray.

Ada banyak lagi model yang ditawarkan oleh Bluroc tetapi kami cukup suka dengan HERO 250 dan HERITAGE 125/50. Walaupun kedua-dua model ini bukanlah keluaran baru tetapi memiliki keunikan dan aura dari segi rupa serta jiwanya.

HERO 250 merupakan model versi scrambler dengan enjin 250cc, sistem suntikan bahan api, 4 lejang, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair yang berkuasa 19.5kW.

Penggayaan memang mantap, hadir dengan rekaan bentuk bulat untuk bahagian panel meter, lampu depan (LED), lampu belakang dan cermin sisi. Tengok ekzosnya! Memang padu kan....

Spesifikasi ringkas:

  • fork hadapan jenis USD
  • brek-brek cakera jenis berkelopak dengan sistem ABS
  • tinggi pelana 855-970mm
  • tapak roda 1,480mm
  • berat kering 148kg

HERITAGE 125/50 pula memang satu ciptaan lain daripada yang lain. Ada gaya klasik...ada gaya scrambler...ada juga gaya motosikal mini.

Model kompak ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Steel Grey, Black, Matt Black, Night Blue dan Racing Green.

HERITAGE 125 disempurnakan dengan enjin 125cc, silinder tunggal, sistem suntikan bahan api yang berkuasa 8.5kW. RR

Spesifikasi ringkas:

  • transmisi 4 kelajuan
  • fork hadapan teleskopik
  • brek-brek cakera dengan sistem CBS
  • tapak roda: 1,080mm
  • Isi tangki 5.5 liter
  • tinggi pelana 720mm
  • berat kering 85kg

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.