☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Ogos 2024

Dua remaja Meninggal Dunia Akibat Bertembung Sesama Sendiri

SUNGAI BULOH - Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada hari Rabu minggu ini.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua remaja berusia 13 tahun itu disahkan meninggal di tempat kejadian dalam kejadian pada jam 11.20 malam.

"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi 'wheelie'.

"Jenazah kedua-dua remaja yang tinggal di sekitar Kampung Kubu Gajah di sini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, kadar kemalangan maut membabitkan aktiviti berlumba atau menduga kelajuan di daerah ini menunjukkan peningkatan drastik sejak Januari hingga Ogos.

"Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka membabitkan 11 penunggang motosikal maut dalam daerah Sungai Buloh setakat Ogos ini.

"Peningkatan ini amat membimbangkan berikutan hanya tiga kertas siasatan dan tiga kematian membabitkan penunggang motosikal dicatatkan di sini tahun lalu," katanya.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia

Beliau berkata, ibu bapa harus peka dan cakna dalam mengawal aktiviti anak-anak bawah umur terutama pada waktu malam serta memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram.

"Perbuatan itu bukan sahaja berbahaya dan boleh meragut nyawa sendiri malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal bawah umur dan penjaga mereka boleh dituduh di bawah Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda mencecah RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Ibu bapa juga boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda mencecah RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. RR

sumber: http://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.