☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2018

Acara Akhir tahun Modenas Meriah!

Buat pertama kalinya Modenas telah menganjurkan satu acara besar-besaran untuk meraikan model Pulsar mereka iaitu NS200 dan RS200. Turut disertai juga adalah wakil dari Bajaj Auto Limited iaitu Pengurus Kanan Servis Perniagaan Antarabangsa, En. Jagnesh Adlakha dan Pengurus Pemasaran Antarabangsa, En. Anurag Sharma bersama-sama kakitangan Modenas bagi menjayakan lagi majlis tersebut.

Acara yang dinamakan 'Pulsar Power' menarik tumpuan pengunjung dan memberi pengalaman untuk menguji dan merasai jentera Pulsar. Ia telah diadakan pada 23 Disember lepas di Litar Kart Speedway PLUS di USJ.

Sejak dilancarkan pada Mei 2017, model Pulsar telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Pada masa kini, model Pulsar merupakan motosikal yang paling berkuasa dalam segmen 150 hingga 200cc. Kerjasama antara Modenas dan Bajaj telah menghasilkan keputusan yang positif menjadikan jentera Pulsar antara model jualan yang terbaik di Malaysia.

Acara pada hari tersebut telah mendapat sambutan hangat yang dihadiri lebih daripada 1,800 pengunjung sama ada yang berdaftar di laman web mahupun secara walk in. Selain sessi tunggang uji, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan seperti Pulsar Time Attack, Pulsar Riding Course dan Power Corner.

Modenas juga telah mendirikan beberapa buah khemah khas untuk menyelenggara motosikal pelanggannya dan menawarkan pelbagai jenis kelengkapan alat ganti motosikal. GIVI yang merupakan pengeluar aksesori motosikal tersohor di Malaysia turut memberi impak kepada acara berkenaan dengan kehadiran bas istimewa mereka iaitu ‘The Red Explorer’.

Modenas telah menjemput lima buah 'food truck' yang tersedap di lembah Klang dan ia telah dipilih sendiri oleh selebriti terkenal iaitu Chef Wan bagi memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Turut dianjurkan ialah acara konvoi dari Modenas Pulsar Owners Club (MPOC) yang bermula dari ibu pejabat Modenas di Glenmarie Shah Alam ke Litar Kart Speedway USJ.

Modenas turut mengadakan cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik. Model Pulsar NS200 merupakan hadiah utama dan dimenangi oleh En. Hafiz Zabidi. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.