☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 September 2024

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Kuala Krai: "Tidak sangka masakan gulai lemak sayur pucuk paku dan ayam goreng madu menjadi juadah terakhir yang dimasak oleh ibu, kini dia sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya, "kata Muhammad Riduan Mohd Yusoff, 25.

Muhammad Riduan adalah anak kepada Zaiton Haron, 48, yang maut bersama ibu saudaranya, Noriha Che Ali, 49, selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu - Gua Musang berhampiran Masjid Pahi, petang semalam.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.


kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Menurut Muhammad Riduan, pada Ahad lalu ibunya pulang ke rumah sekitar jam 11.00 pagi dan kelakuannya agak berlainan daripada biasa. Ibunya terlalu bersungguh-sungguh memasak gulai lemak sayur pucuk paku dan ayam goreng madu untuk hidangan makan tengah hari mereka sekeluarga.

"Selalunya ibu hanya memasak nasi dan menggoreng telur untuk kami, namun pada Ahad lalu gulai lemak sayur pucuk paku yang dimasaknya sangat sedap dan itu adalah air tangan terakhir ibu yang dirasai.

"Malah pada hari itu juga arwah ibu sangat rajin mengemas rumah sedangkan saya tahu dia penat bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga apatah lagi selepas berpisah dengan ayah sejak awal Januari lalu," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Chuchoh Puteri, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, ibunya itu baharu sahaja bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Pahi sejak dua minggu lalu dan tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Pahi.

kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
kredit foto: saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Sejak bekerja di kantin, ibu menumpang di rumah ibu saudaranya itu disebabkan jarak rumah kami yang terletak di Kampung Chuchoh Puteri dengan tempat kerjanya sangat jauh dan setiap hari mereka akan menaiki motosikal bersama-sama untuk ke tempat kerja.

"Namun saya tidak menyangka, perjalanan pulang mereka dari tempat kerja pada petang semalam berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, namun kami sekeluarga reda," katanya.

Katanya, dia mengetahui kemalangan yang menimpa arwah ibunya selepas dimaklumkan penduduk kampung pada jam 3.30 petang.

"Sebaik dimaklumkan, saya bersama saudara yang lain bergegas ke lokasi kejadian namun setibanya di sana arwah ibu bersama ibu saudara sudah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

"Arwah ibu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RPT Chuchoh Puteri pada jam 10.30 pagi tadi," katanya.

Katanya, kini dia perlu menggalas tanggungjawab menjaga tiga adiknya yang masih bersekolah berusia di antara 8 hingga 18 tahun, manakala dua lagi adiknya sudah bekerja.

"Saya tidak akan berpisah dengan adik-adik dan berpegang kepada pesanan ibu untuk menjaga mereka sebaik mungkin," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh dua mangsa dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi menghala ke Kampung Baru Pahi telah membelok ke kanan untuk masuk simpang sebelum kereta jenis Proton Iriz dari arah bertentangan tidak sempat membrek dan melanggar motosikal itu.

Beliau berkata, pada masa sama, motosikal mangsa berlanggar pula dengan kereta jenis Perodua Myvi sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. RR

sumber: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

  • Model Baru

    Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

  • Warta Roda

    Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

  • Dari Litar

    Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Artikel berkaitan

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12

Warta Roda

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Segmen kapcai 150cc di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik tahun depan?

Model Baru

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Letbee Nomad 350 dikatakan bakal masuk Malaysia pada 2027?