Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 September 2024

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Kangar: Bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar yang maut semalam dipercayai ditetak dalam pergaduhan di Kangar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam hingga 10 malam di mana mangsa telah pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gronchar Jaya, Kangar pada selasa lalu.

Pihak polis memaklumkan bahawa pergaduhan membabitkan empat orang individu termasuk mangsa di laluan persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya pada jam 11.13 malam.

Mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan sebaik sahaja anggota polis sampai ke tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, mangsa (Elly Idzlianizar) disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 malam semalam kerana mengalami kecederaan parah dengan kesan tetakan sekitar 10 hingga 12 di bahagian badan di mana satu tetakan di tangan kanan, tiga di tangan kiri dan lapan kesan tetakan di bahagian belakang badan mangsa.

Susulan itu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Perlis menahan tiga orang suspek lelaki yang berusia dari 28 hingga 51 tahun.

Polis turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimiter yang digunakan dalam pergaduhan tersebut.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam keadaan marah mencari suspek utama berusia 51 tahun di kediamanya di taman perumahan itu. Namun suspek tiada di rumah, hanya isteri dan anaknya sahaja yang ada.

Selepas beredar, mangsa kemudian terserempak dengan suspek di persimpangan laluan dan tercetuslah pergaduhan yang disertai oleh dua lagi lelaki termasuk anak suspek berusia 31 tahun.

Mangsa dan suspek saling mengenali dan sering berurusan antara mereka tentang perkara yang tidaklah sehingga membawa pergaduhan. Namun setakat ini, motif pergaduhan masih dalam siasatan.

Menurut Yusharifuddin, pihaknya turut menyiasat wujud unsur kongsi gelap dan gangster dalam pergaduhan tersebut kerana suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Menerusi saringan ujian air kencing, hanya suspek utama positif dadah dan melalui semakan terdapat sembilan rekod jenayah lampau yang membabitkan cubaan membunuh dan dadah.

Manakala suspek yang berusia 28 tahun mempunyai 12 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenayah dan dadah. Suspek ketiga yang juga anak suspek mempunyai lima rekod dadah lampau membabitkan pelbagai jenayah dan dadah. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Pandu Uji

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Honda memperkenalkan teknologi E-Clutch yang merupakan satu sistem agak kedengaran asing bagi sesetengah penunggang terutama untuk jentera supersport.