☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2018

Akademi Khairul Idham Pawi

Usia muda dan sibuk dengan jadual padat di  kejuaraan dunia motosikal (MotoGP) tidak menghalang pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi untuk mencurah ilmu dengan melatih pelumba-pelumba muda melalui penubuhan akademi perlumbaannya sendiri iaitu Akademi SuperKIP Racing.

Akademi ini juga melangkah dengan cukup yakin untuk beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pada tahun 2018 di dalam kategori CP115 dan Wira. Antara barisan awal pelumba muda yang akan membawa cabaran Akademi SuperKIP terdiri daripada adiknya, Anuar Ibrahim Pawi, pelumba Cabaran Honda Wave Alpha seperti Md Afizat Supaat, Md Amer Rossi Amidi serta gandingan adik beradik, Md Hazim dan Md Haziq Rosmaza.

“Pemilihan pelumba telah dilakukan sejak pertengahan musim Kejuaraan Cub Prix 2017 di mana kami melihat dan menilai pelumba-pelumba berpotensi yang bersaing di dalam perlumbaan satu pengeluar Honda. Selepas menyenaraikan beberapa pelumba, kami menjemput mereka untuk menjalani sesi latihan bersama saya sebaik Kejuaraan Cub Prix berakhir di Johor, November lepas,” kata Khairul Idham.

“Kami melakukan pendekatan berbeza di mana pelumba-pelumba ini bukan sahaja menjalani latihan secara intensif, malah turut disediakan tempat tinggal di sini. Selain latihan di litar, mereka turut menjalani latihan seperti kecergasan, berbasikal, dan lain-lain mengikut jadual yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai sasaran terhadap kesemua pelumba, Khairul meletakkan sasaran terlalu tinggi dengan mencuba untuk menempatkan diri di kelompok lima pelumba terbaik manakala adalah satu pencapaian membanggakan jika  para pelumba mereka dapat menaiki podium.

Rancangan menubuhkan akademi ini timbul selepas kejayaan Khairul memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina dan Jerman. Pasukan ini akan dijaga oleh ayahnya, En. Pawi Omar manakala prestasi dan keputusan yang dicapai oleh para pelumba pasukan ini akan sentiasa dipantau oleh Khairul Idham melalui media sosial.

“Pada peringkat awal akademi ini diwujudkan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada remaja-remaja setempat yang berminat dengan perlumbaan sebelum membuat keputusan untuk pergi lebih jauh,” kata En. Pawi Omar.

“Cara bagaimana kami membentuk Khairul selama ini akan digunakan pula kepada pelumba-pelumba lain. Paling penting adalah sokongan daripada keluarga pelumba itu sendiri. Adakah mereka sanggup melepaskan anak mereka tinggal bersama kami bagi menjalani latihan dan persediaan untuk menghadapi perlumbaan Cub Prix nanti,” jelasnya. RR

Isu Pada

Februari 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.