☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Oktober 2024

Lesen Kelas B: Mereka Yang Layak Boleh Mendaftar di 139 Institut Memandu di Seluruh Negara

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas B1 dan B2 kini boleh menaiktaraf lesen kepada kelas B pada harga RM160 sahaja. Mereka yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B boleh mula mendaftar mengikuti program tersebut di 139 institut memandu seluruh negara.

Seramai 3.33 juta daripada 9.32 juta pemegang LMM kelas B1 dan B2 layak mendaftar ke program tersebut menerusi data terkini yang direkodkan setakat semalam.

“Kepada mereka yang layak dan ingin menaiktaraf lesen kepada kelas B boleh mengimbas kod QR di laman Facebook rasmi JPJ untuk melihat senarai institut memandu yang menawarkan program peralihan tersebut. Manakala senarai institut memandu akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

Di bawah merupakan institut yang terlibat:

  • Metro Driving Academy Sdn Bhd – Shah Alam, Selangor
  • Ilmu Baru Sdn Bhd -  Alor Setar, Kedah
  • Pusat Latihan Memandu Gabungan Usahamaju Sdn Bhd – Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Institut Memandu Litar Sistem Adilkap Sdn Bhd – Ipoh, Perak
  • Sipitang Sdn Bhd – Sipitang, Sabah
  • Akademi Memandu EG Sdn Bhd – Miri, Sarawak

Dalam sidang media Operasi Khas Kenderaan di Kajang, Datuk Aedy Fadly turut menasihati orang ramai supaya menyemak dan menyelesaikan tunggakan saman terlebih dahulu untuk melayakkan diri menyertai program tersebut walaupun kelonggaran syarat diberikan untuk memohon program peralihan itu. RR

Sumber berita: https://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.