☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Oktober 2024

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

PAPAR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.

 Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun dan pemandu lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Dikatakan, penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu bersama kumpulan konvoi selepas menghadiri Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Kawasaki dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara.

"Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau dan ketika kejadian dia berada di lorong laju sebelah kanan.

"Sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu telah membuat pusingan U dari arah bertentangan secara mengejut dan dilanggar oleh penunggang motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, akibat daripada itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Papar.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk proses pengecaman dan bedah siasat," katanya. Kamaruddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat terhadap mangsa kemalangan tersebut. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.